Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Wednesday, February 10, 2010

Penyakit berantai..

Semalam tak dapat tidur, nak terlelap je batuk..nak terlelap je batuk..huhu. Hari ni dah mula selsema pulak. Risau batuk dan selsema lama2 ni, takut berjangkit kat Amjad pulak. Dia baru je sembuh batuk dan selsema. Sebelum tu abah dia, penyakit berantai betullah.

Amjad dah mula selsema balik. Risau gak, kalau dia kena lambat nak sembuh..makan masa 2-3 minggu gak. Yelah, budak kecik bukannnya pandai nak buang semua tu.

Pergi Sarawak hari tu, hujan lebat masa nak flight. Memang basah lencun. Amjad memang dah selsema masa tu, esoknya bertambah teruk dan mula batuk. Ubat memang bawak, tapi tak berkesan pun. Makan ubat tu dah seminggu lebih. Suami terus call Amjad punya paed, tanya ubat apa yg dia guna utk inhaler. Amjad tak lelah tapi masa dia masuk wad sebab batuk berkahak dulu, doktor bagi dia 'seretide' and 'ventolin' barulah sembuh. Tapi AeroChamber takde, kena lah beli semua sekali.

Pergilah farmasi, tanya punya tanya..harga semua dalam 2 ratus lebih. Kalau ikutkan kat semenanjung, harga ubat puluh2 ringgit je. Kat sana beratus. Tak jadilah beli. Makan ubat oklah kot. So, kami pergi jalan2 ke Waterfront, beli kek lapis, makan malam kat Restoren Raja Ayam Penyet kat Satok. Dalam perjalanan balik, selsema Amjad makin menjadi, kahak kat tekaknya tak keluar jadi nafasnya berbunyi. Kami risau sangat, jadi pergi balik ke farmasi tu dan beli ubat tu. Takpelah, duit boleh cari..apa2 jadi kt anak, menyesal tak sudah. So, bagi dia 2 puff ventolin, 1 puff seretide (ikut dos paed), lepas tu dia dah mula ok. Malam tu dah dapat tidur lena. Alhamdulillah.

Balik S. Alam, dia dah mula sembuh tapi kami bawa juga jumpa pakar paed kat Salam. Nak tanya kesan sampingan pakai inhaler tu berbanding ubat. Katanya, ubat lagi bawa kesan sebab ubat ni akan masuk dlaam darah dulu barulah ke paru2. Kalau inhale, ubat tu terus ke paru2 dia. So inhaler ni better than ubatlah dan doesn't mean pakai tu sbb lelah. Legalah bila dengar cam gitu. Tapi sekarang ibunya pulak yg mula batuk dan selsema. Abahnya still selsema sebab sedut selsema Amjad hari tu. Semalam beli ubat batuk cap ibu dan anak. Harap2 eloklah batuk dalam sehari dua ni. Ada sesapa boleh suggest ubat batuk yg bagus tak? Nak pergi klinik, malas lah pulak..^_^


6 comments:

  1. semoga cepat sembuh... (ayu, brg tak sampai lagi)

    ReplyDelete
  2. kalu mak akak suh minum air bunga cengkih (ikut la nk rebus ke or just rendam)..kalu baru2 batuk ok kot..kalu dh batuk teruk x berkesan jugak..tp leh la try. semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. ros, tak sampai lagi ke?ayu guna pos daftar.nti ayu cek track no dia.
    tq :)

    kak as, nnti nak try lah.thanks kak :)

    ReplyDelete
  4. klu org dewasa,elok makan ubat batuk pil,beli kat farmasi...itupun klu ubat batuk cecair dah tak berkesanla......kanak2 selsema sapu vick kat kepala lutut...pelikkan,cubalah...

    ReplyDelete
  5. tak pyh pakai ubat batuk la ayu...amalkan minum minyak kelapa dara pun ok...

    ReplyDelete
  6. anonymous - tq,mmglah.tak jalan pun..:(

    della - yeke?insyaallah..nti nak try. takleh tidolah, mlm je batuk teruk.

    ReplyDelete