Pergi Sarawak hari tu, hujan lebat masa nak flight. Memang basah lencun. Amjad memang dah selsema masa tu, esoknya bertambah teruk dan mula batuk. Ubat memang bawak, tapi tak berkesan pun. Makan ubat tu dah seminggu lebih. Suami terus call Amjad punya paed, tanya ubat apa yg dia guna utk inhaler. Amjad tak lelah tapi masa dia masuk wad sebab batuk berkahak dulu, doktor bagi dia 'seretide' and 'ventolin' barulah sembuh. Tapi AeroChamber takde, kena lah beli semua sekali.
Pergilah farmasi, tanya punya tanya..harga semua dalam 2 ratus lebih. Kalau ikutkan kat semenanjung, harga ubat puluh2 ringgit je. Kat sana beratus. Tak jadilah beli. Makan ubat oklah kot. So, kami pergi jalan2 ke Waterfront, beli kek lapis, makan malam kat Restoren Raja Ayam Penyet kat Satok. Dalam perjalanan balik, selsema Amjad makin menjadi, kahak kat tekaknya tak keluar jadi nafasnya berbunyi. Kami risau sangat, jadi pergi balik ke farmasi tu dan beli ubat tu. Takpelah, duit boleh cari..apa2 jadi kt anak, menyesal tak sudah. So, bagi dia 2 puff ventolin, 1 puff seretide (ikut dos paed), lepas tu dia dah mula ok. Malam tu dah dapat tidur lena. Alhamdulillah.
Balik S. Alam, dia dah mula sembuh tapi kami bawa juga jumpa pakar paed kat Salam. Nak tanya kesan sampingan pakai inhaler tu berbanding ubat. Katanya, ubat lagi bawa kesan sebab ubat ni akan masuk dlaam darah dulu barulah ke paru2. Kalau inhale, ubat tu terus ke paru2 dia. So inhaler ni better than ubatlah dan doesn't mean pakai tu sbb lelah. Legalah bila dengar cam gitu. Tapi sekarang ibunya pulak yg mula batuk dan selsema. Abahnya still selsema sebab sedut selsema Amjad hari tu. Semalam beli ubat batuk cap ibu dan anak. Harap2 eloklah batuk dalam sehari dua ni. Ada sesapa boleh suggest ubat batuk yg bagus tak? Nak pergi klinik, malas lah pulak..^_^


Esok masuk hospital untuk buang ketulan pada PD. Harap ia bukan ketulan yang merbahaya. Insya'allah, hanya sehari je tinggal kat hospital lepas operation tu. Doakan saya ye^^.
..hihi.
.Jadi kena kuarantin dlm bilik tamu. Langsung tak boleh pegang Amjad.
. Rumah pun kelam kabut..

Risau sgt..Amjad tak sihat, batuk berkahak dan selsema. Hari ni dh masuk 2 minggu lebih. Menyusu pun dia tak berapa selesa. Dah 4 kali kena nebulizer sejak hari Jumaat. Menangisla bila buat neb, tak sakit pun tp mgkin dia tak selesa. Pagi tadi,bila masuk je bilik rawatan, tgk nurse je terus nangis..dia dah tau nk kena buat neb lagi. Dia kena sedut ubat tu 5 minit, 5 minitla dia menangis tanpa henti. Sy takleh pegang dia kalau jmpa doktor atau buat rawatan cam gitu..karang ibunya yg nangis sama. Jadi abah diala pegang, lagipun Amjad manja sgt ngan abah. Kalau keadaan dia nangis mcm tu dia nk abah dia yg tenangkan dia.
Doktor suspek takut dia lelah. Jadi, karpet2 kt rumah abis dilipat semua. Lantai, meja semua dilap dan dimop. Cadar katil, sarung bantal, selimut pun di basuh dah di tukar. Hari Selasa ni, 21hb ada appointment lg dgn doktor tuk tgk keadaan.Harap sgt Amjad cepat sembuh, risau pulak kalau tak kurang jugak..kena masuk wad pulak.





