Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Saat Kewafatan Rasulullah S.A.W

Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."


Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."


Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la."


Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."


Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."


Semakin Tenat


Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."


Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka."


Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."


Malaikat Maut datang bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.


Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?"


Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.


Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."


Ketika Sakaratul Maut


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."


Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"


Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"


Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: "Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."


Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?"   Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.


Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?"   Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka:  "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)


Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?"  Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."


Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?"  Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang   bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri.


Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah." Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat  untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah  SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan  di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.


Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az." Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."


Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW  bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."


Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya  bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur  Rasulullah SAW.


Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintainya seperti baginda menyintai umatnya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


sumber:(a) & (b)

Thursday, July 8, 2010

Petua Membayar Hutang dan Pelbagai Doa

Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang bertemu Sayidina Ali RA meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Sayidina Ali RA memberitahunya jika dia mengamalkan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun sebesar gunung.Doa yang dimaksudkan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu sehingga aku tidak minta kepada selain Engkau.”[Riwayat Tarmizi]

Surah-surah Amalan


1. Untuk elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh
Surah Al-Baqarah: ayat 102

2. Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 79

3. Melembutkan hati anak/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 69
Surah Al-Hasyr: ayat 22 – 24

4. Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha: ayat 1 – 5

5. Supaya suami tidak kahwin lain (strictly for the wives)
Surah Toha: ayat 39 [mula dari tanda Jim kecil]

6. Ayat Pendinding
Surah At-Taubah: ayat akhir

7. Untuk anak yang suka keluar malam
Surah Ar-Ruum: ayat 31 [Baca 33x]

8. Untuk jadi Pendinding Rumah
Surah Al-Baqarah [Dibaca & tiup pada air dan semburkan sekeliling rumah]

Wallahu a’lam.

p/s : sumber dari sini.

note: Utk panduan diri sendiri dan kawan2.

Tuesday, June 1, 2010

Ingin anak dan ilham utk berkraf?

Salam semua, hari ini izinkan saya berkongsi sesuatu dgn rakan2 dan pembaca semua ^^.

Ilham utk berkraf atau menghasilkan sesuatu yg kreatif dan lain dari yang lain dtg dari pelbagai cara. Ada dtgnya dari alam semula jadi, gambar, internet atau apa saja di sekeliling kita. Namun semuanya adalah asbab atau sebagai perantaraan yang Allah salurkan melalui minda kita.

Kreativiti juga tertakluk pada banyak bidang termasuklah dalam menghasilkan kraftangan, masakan, fotografi, lukisan dan sebagainya. Jadi  sesiapa saja yg ingin menjadi org yg lebih kreatif, mendapat ilham yang baru dalam karyanya amallah Asma Ul Husna  ini:

Ya Musawwir - Pereka


THE FASHIONER
~


Allah fashions His creation. For example He gives different types of birds, different shapes, sizes and colours. He is the designer and giver of forms and colour to His creation.



Bolehlah baca seberapa byk pun, tengah menjahit ke..tgh buat kek ke, moga Allah berikan idea yang baru dlm menghasilkan hasil tangan masing2 ^^.

Zikir Asma-ul-husna ni makcik saya yg bagi minggu lepas selepas dia balik dari kuliah subuh. Dia pun suka dalam membuat kraftangan, memang satu hobi dgn dialah^^.

Alhamdulillah, dalam saya mencari maksud Al-Musawwir ni saya terjumpa wallpaper ni. Beberapa bulan yg lepas, kawan saya ada beritahu saya  supaya berpuasa 7 hari untuk dapatkan anak tapi lupa zikir apa yang perlu saya baca. Semalam baru saya bertanyakan suami pasal ni, tapi dia lupa langsung pasal amalan tu. Hari ni Allah dah bagi jawapannya. Alhamdulillah, syukur sangat.



Jadi sesiapa yang inginkan anak atau nak tambah anak (mcm saya ni^^) bolehlah amalkan:

Puasa 7 hari berturut-turut dan setiap kali buka puasa dengan air ucaplah Al Musawwir/ Ya Musawwir.



Insyaallah, Allah akan berikan zuriat. Alhamdulillah, kawan saya yg amalkan ni, sebulan  lepas tu dia pregnant. Kita berusaha, Allah menentukan semuaNya. Apapun Allah akan bagi yang terbaik untuk kita, redha lah atas segala dugaan dan kurniaNya.

Mengingati Allah..Allah akan ingat pada kita. Mengingati Allah..hati akan menjadi tenang. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya.

Wallahualam.

Sunday, July 26, 2009

Sayang Ibu, Mama, Mak..



Hargai kasih ibu yang masih ada. Kehilangannya tiada galang ganti. Moga kalian masih punya kesempatan untuk menghargai, menyayangi dan membalas segala pengorbanannya yang sukar untuk kita balas.^^

Tuesday, June 23, 2009

:: Renungan dan Doa ::

Teman yang soleh,
malunya mengatasi perawan,
beraninya mengatasi pahlawan..
cintanya bukan pada gambaran,
rindunya bukan pada pertemuan,
tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Allah.


Ya ALLAH Ya Tuhanku..
Baguskanlah utkku agamaku..Kerana ia pengawas seluruh urusanku.
Perbaikilah utkku duniaku.. Yg di sana adalah kehidupanku.
Sempurnakanlah utkku akhiratku.. Kerana ke sanalah tmpt kembaliku.
Jadikanlah hidupku.. Sebagai penambah kebaikan.
Dan jadikanlah matiku.. Sebagai istirehat daripada segala kejahatan…

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, May 14, 2009

:: Untuk Sahabatku ::


Kata2 hikmah ini saya terima dari sahabat yg jauh..
moga sama-sama kita baca,hayati dan amalkan.

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian;
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu;
kerana malu itu, sebahagian daripada iman..


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, April 16, 2009

:: Santapan Roh ::

Salam semua,
Sesiapa yg tinggal sekitar Lembah Klang ni, boleh la ke Masjid Negeri kt Shah Alam.
Setiap hari Jumaat minggu pertama ada Kuliah Tasawuf dr Prof. Dr. Harun Din.
Hari Sabtu minggu kedua pula ada Forum Perdana oleh penceramah2 terkemuka.

Minggu lepas dah masuk siri ke-2. Seronok dan insaf dgr bab solat.
Nanti ada kelapangan sy share apa yg sy dgr kt sana.

Skrg nk kena layan Amjad dulu..^^
Ok..moga sama kita dpt mengimarahkan masjid dan memberi santapan pd roh kita.^^


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, March 17, 2009

:: Buku Tarbiah ::

Salam semua..ada org rindu kt sy ke?? perasan je..hihi. Sy yg rindu kt kwn2, 4 hari takdpt on9. Sy blk kg sabtu lps. Semlm baru sampai rumah.

Hari ni ni nk cite pasal buku yg sy beli minggu lepas. Tajuknya "Tarbiah Anak-anak dengan Zikir dan Doa". Bagus sgt buku ni..penulisnya Ust Zahazan Mohamad yg selalu on air thru radio ikim. Harga pun tak mahal RM12.00 kat MPH.


Antara kategori doa yg terkandung dlm buku ni ialah:

ketelusan akhlak dan kemurnian pekerti
kecemerlangan akademik
kecerdasan jasmani dan keafiatan fizikal
zikir dan selawat

Antara yg paling sy suka, doa ketika meriba anak. Sy suka sbb kita mmg selalu meriba anak, di saat itu jugala kita dpt doakan dia. Doanya juga pendek dan senang sgt nak hafal. Ini doanya..


Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, February 1, 2009

:: Ayat Fatir ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): Dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan supaya kamu bersyukur." Surah Fatir: Ayat 12.


"Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma." Surah Fatir: Ayat 13.


p/s: Saya bukanlah ahli dlm bidang tafsir, ini cuma ingatan pada sy dan juga rakan2. Sama-samalah kita renung dan dapat iktibar dari ayat di atas. Moga kita bersyukur dgn segala nikmat yg Allah kurniakan. Alhamdulillah...


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, January 15, 2009

:: Apakah pergorbanan seorang muslimah? ::


Artikel ini dikirim oleh seorang rakan kepada suami saya..sama2lah kita renung. Moga apa yang baik kita jadikan pedoman yg buruk kita jadikan sempadan.


Pengorbanan Nabi Ibrahim ialah meninggalkan anak dan isterinya di padang pasir yang tandus sehingga wujudnya telaga zam-zam dan diuji oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Sememangnya kisah ini perlu menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam. Dihayati sepenuhnya untuk mencapai tahap keimanan yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa Ta'ala. Persoalannya berapa ramaikah umat Islam hari ini yang sanggup berkorban demi agama Allah?


Ramai juga yang membayangkan pengorbanan seumpama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu tidak wujud lagi di zaman ini. Justeru pengorbanan yang bagaimana yang perlu dilakukan?
Bagaimana pula golongan wanita melihat pengorbanan yang dilakukan olehHajar? Mungkin sahaja ramai yang bertanya kepada diri sendiri: apa yang akan dilakukan sekiranya ditinggalkan sendirian oleh suami
bersama anak yang masih memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ayah? Di padang pasir yang kering kontang, tiada berpenghuni baik haiwan mahupun tumbuhan, sanggupkah membiarkan suami pergi tanpasebarang bekalan yang ditinggalkan?

Mungkin ramai yang akan menyatakan kesanggupan bergantung kepadakemampuan diri seseorang wanita itu. Justeru ramai yang menganggap bahawa masing-masing telah melakukan pengorbanan mengikut kemampuan
diri mereka. Ada yang berpendapat pengorbanan wanita yang paling tinggi ialah mendidik anak-anak, menjaga rumah tangga, melayan suami dengan baik dan seumpamanya. Persoalannya apakah itu sudah memadai?Adakah wanita hanya dituntut untuk mendidik anak dan menjaga rumahtangga sebagai jalan melayakkannya menjadi penghuni Syurga Allah?


Untuk menjawab persoalan mengenai pengorbanan yang dituntut dari seseorang wanita, seorang penulis Hasbi Ashshiddieqy dalam bukunya Lapangan Perjuangan Wanita Islam, memulakan penerangan denganmemperincikan mengenai kewajipan kaum wanita, iaitu ia tediri dari 5 perkara:


  • Kewajiban meninggikan Islam (wajibat diniyah) dengan memiliki perilaku yang baik, ilmu dan kecerdasan, dan amal usaha dalam gerak perjuangan.
  • Kewajiban kepada diri sendiri sebagai manusia (wajibat syahsiyyah) dengan menjaga keyakinan/keimanan terhadap Islam dan memelihara jasmani.
  • Kewajiban terhadap keluarga dan rumahtangga.
  • Kewajiban terhadap masyarakat dan pergaulan umum.
  • Kewajiban terhadap pembangunan pemerintahan dan Negara Islam iaitu Daulah Islamiyah.



Secara ringkas, ia boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu kewajiban berdakwah (seringkali di luar rumah) dan kewajiban rumahtangga. Dengan kata lain, pengorbanan yang perlu dilakukan oleh wanita adalah tidak lain, melainkan dalam rangka melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Muslimah.

Sebagai misalnya kewajipan berdakwah, ia sering disalahertikan sebagai tidak terkena kepada wanita, sedangkan di dalam Al Quran dan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassallam, banyak seruan kepada kaum Mukminin baik laki-laki maupun perempuan untuk berdakwah dan mengubah realiti yang jauh dari hukum Islam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada suatu
kaum (qaumun) sampai mereka mengubah apa-apa yang ada pada diri
mereka" [Surah Ar Ra'd 13:11].

Dalam bahasa Arab, kata qaumun dalam ayat tadi mencakup laki-laki mahupun perempuan.

Begitu juga di dalam firmanNya:

"Dan hendaklah ada diantara kamu sekelian suatu umat (ummatun) yang
menyerukan al-khair (Islam) dan menyeru kepada yang ma'ruf dan
mencegah dari segala kemungkaran". [Surah Ali Imran 3:104].

Dalam ayat ini, terdapat juga petunjuk bahawa yang wajib melakukan dakwah kepada Islam dan amar ma'ruf nahi mungkar adalah laki-laki dan juga perempuan. Hal ini dapat difahami dari kata ummatun yang terdapat dalam ayat tersebut. Kata ummatun dalam bahasa Arab bukanlah milik spesifik laki-laki melainkan ia juga ditrujukan kepada perempuansamada yang masih bujang mahupun yang sudah bersuami.

Banyak lagi hadis dan ayat-ayat lain yang seumpama dengan yang dimaksudkan di atas. Malah ianya mengandungi ancaman keras kepada siapa sahaja yang tidak melakukan dakwah dalam usaha untuk mengubah keadaan kekufuran dalam masyarakat dan mengembalikan kehidupan Islam (isti'nafi hayat islamiah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

"Dan peliharalah diri kamu sekelian dari pada siksaan yang tidak khusus
menimpa orang-orang yang zalim diantara kamu sekelian saja.
Dan ketahuilah Allah Maha Keras siksa-Nya." [Surah Al Anfal 8:25].

Di dalam satu hadis Rasulullah mengesahkan hal ini dengan bersabda:

"Demi zat yang diriku ada dalam genggaman tangan-Nya, sungguh-sungguh
kalian (mempunyai dua pilihan, iaitu) melakukan amar ma'ruf nahi
mungkar, ataupun Allah akan mendatangkan siksa dari sisi-Nya yang akan
menimpa kalian. Kemudian setelah itu, kalian berdoa, maka (doa itu)
tidak akan dikabulkan." [Hadis riwayat Imam Tirmidzi].

Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan di atas, jelas bahawa dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam itu bukan hanya wajib bagi golongan lelaki tetapi juga bagi perempuan. Sesiapa saja yang tidak menunaikannya akan merasakan balasannya kelak di Akhirat. Dan sesiapa saja yang berusaha untuk menghalang dakwah tersebut bererti dia berusaha untuk melarang seseorang dari mentaati Allah Subhanahu wa Taala dan Rasul-Nya.

Perhatikanlah dan renunglah sejenak. Akibat dari kealpaan kita kepada tuntutan dakwah, banyak permasalahan sosial yang dihadapi. Statistik bayi yang dibuang semakin meningkat, statistik bayi yang baru lahir tanpa butiran bapa semakin bertambah, kes-kes sumbang mahram semakin berleluasa dan bermacam lagi permasalahan lain yang tidak disenaraikan, yang kita semua tahu kewujudannya. Maka, tidakkah itu semua memanggil kita untuk menghayati semula kehidupan Islam yang syumul?

Kembali kepada kehidupan Islam bukanlah perkara yang berlaku secara tiba-tiba melainkan ianya memerlukan pengorbanan. Memenuhi tuntutan kewajipan yang disebut di atas juga memerlukan pengorbanan. Bagi seorang wanita, sedarlah bahawa pengorbanan yang dituntut dari seorang wanita itu bukan hanya mencakup tugas sebagai pendidik kepada
anak-anak dan pengatur rumah tangga malah tugas dan tanggungjawab dakwah juga dituntut dari setiap Muslimah.

Wahai Muslimah,
Bangkitlah untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Hayatilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh empat wanita Islam yang agung, yang mana hasil pengorbanan mereka kita dapat mengecap nikmat Islam hari ini. Mereka itulah yang disebut dalam satu hadis Rasulullah di mana diriwayatkan pada suatu hari Baginda membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: "Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?" Sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda pun bersabda: "Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyahm puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan FatimahBinti Muhammad."

Inilah ibu, para wanita yang kita sanjung-sanjungi. Perjuangan mereka dicatit dan diingati sehingga hari Kiamat. Mereka patut dicontohi sebagai tauladan kepada seluruh Muslimah terutamanya untuk ibu ibu yang ingin mendapat kejayaan seperti yang mereka perolehi di Akhirat. Ingatlah bahawa janji Allah itu benar, Allah akan menolong hambanya
yang menolong agama Allah. Allah berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [TMQ Muhammad
(47):7].



Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, January 8, 2009

Haram tetap Haram

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

?? ?????? ???? ????????? : ???? ???????? ??????? ???? ?????????? ???????????? ?????????? ?????? ???????? ?????? ? ???????? ?????? ??????? ?????? ??? ???? ???? ??? ??? ???? ??????? : ????????????? ???? ???????? ?????? ? ???? ???? ?????? ???????? ?????? ? ?????? ???????? ????? ? ???? ?????? ???????? ???? ?????? ???????????? ??? ?????? ??????? ????? ?????.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

?? ??? ??? ???? ??? ????

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian


Apa pendapat anda? fikir-fikirkanlah.

sumber dari

http://gigitankerengga.blogspot.com/

dipetik dari:http://asdarulsunnah.blogspot.com



Image Hosted by ImageShack.us:pandaGeli_18:

Thursday, December 4, 2008

ALLAH sembunyikan..

Allah sembunyikan 6 perkara dlm 6 perkara:
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Ini adalah kiriman dari seorang adik sedang belajar di Mesir, moga pelajarannya bertambah maju.

Tuesday, December 2, 2008

Ujian Allah..



Setiap manusia pasti akan diduga sejauh mana dan sekuat mana imannya. Ujian dan dugaan itu adalah sementara saja. Tapi ia datang dalam bentuk yang berbeza. Mungkin hari ini kita diuji dengan harta. Esok kita diuji dengan keluarga. Setelah berjaya melalui ujian itu, kita mungkin diuji dengan kesihatan. Yang mana semuanya ini adalah kifarat dosa-dosa kita yang lalu. Moga kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang sabar.

Tuesday, November 25, 2008

Islam sentiasa...


Islam Sentiasa Membawa Kemenangan :

OrAnG BeRiLmU iTu SeLaLu MeNanG DaLam peRgaUlaN... KrN DiA mEmbIasAkaN
SENYUM
Bila DiCaCi,
LEMAH LEMBUT
biLa DiHina,
DIAM
biLA DiMaraHi,
&
BALAS KEBAIKAN
biLa OranG MeMbUaT KejAhaTaN.


Tak semua orang boleh miliki sifat ini tanpa kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Moga kita dikurniakan Allah segala kebaikan..aminn.

Wednesday, November 12, 2008

Jangan Berputus Asa

Janganlah berputus asa karena ia bukan akhlak kaum muslimin. Hakikat hari ini adalah impian hari kemarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dan besar dalam jiwa kalian yang mukmin, meskipun tertutupi oleh berbagai fenomena kerosakan. Yang lemah tidak selamanya lemah, dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat.
(Imam Hasan al-Banna)

post signature

Sunday, October 26, 2008

Air Mata..

:pandaGeli_21:


AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis permata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia)

Titipan dari seorang sahabat yg jauh, moga pahalanya melimpah dan berpanjangan..

post signature

Wednesday, October 8, 2008

BuAt SaHaBat..

@kakros01 Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya..
Apabila kau ingin berteman jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dgn satu keburukan kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila ia buntu kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau ingin seorang teman jgnlah kerana sifat cerianya, kerana andai ia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa..
Jgn diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna, tiada yang biasa-biasa menjadi suatu yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah, bersahabatlah kerana aqidah Islam, bersahabatlah kerana kita saudara fillah.

@kakros01Sahabatku…Ku doakan dikau menjadi golongan yang MUTTAQIN, yang setiap detik bibir basah dengan nama ALLAH, hati jernih mengagung ILAHI, jiwa rindu bertemu RABBI, hidup dan mati dalam HABBATUL yang HAKIKI…

Renungan Bersama......

:reading:Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:" Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

:reading:Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.' (Sahih Muslim Hadis No: 1164)

Monday, July 14, 2008

Luasnya neraka..

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!

Sahabat semua...bacalah. ...
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. .... .:
Luasnya Neraka :. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.' Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....
Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. "