Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..
Showing posts with label Ibu. Show all posts
Showing posts with label Ibu. Show all posts

Monday, September 14, 2009

Dalam proses untuk Sembuh

Salam semua..

Terima kasih pada teman2 yang mendoakan saya. Alhamdulilah, saya dah beransur pulih. Sebenarnya doktor bagi 2 pilihan, samaada cucuk dan ambik sampel atau terus buat pembedahan dan keluarkan lump tu. Jadi saya pilih terus buang, dari benda tu duduk kat situ dan merisaukan saya.
Saya buat minor operation je kat DEMC. Alhamdulillah, ada insurans untuk cover semua kos.
Sedar je dari opearation tu saya masih lagi pening2, kesan dari ubat bius. Nak tidur balik agak sukar bila ubat bius dah habis. Saya mula rasa amat perit dan pedih kat bahagian dada yg dibedah. Tangan kanan pun sakit bila diangkat tinggi. Tapi kejap je, lepas tu saya telan pil tahan sakit ^^. Bedah pun takla besar sangat, sekadar 1" je, cuma mungkin bahagian dalam tu yang kena jaga. Saya kat hospital pun sekejap je. Tak jadi masuk wad, saya mintak balik rumah sebab nak susukan Amjad dengan lebih selesa. Tapi balik kampungla (belah suami), supaya dpt rehat. Saya belum dapat dukung Amjad, kalau kat kg ramai yang boleh layan dia.

Hari ni dah hari ke-4, luka pembedahan belum kering sepenuhnya tapi tangan dah mula boleh angkat tinggi. Saya pun dah boleh dukung dia tp belah kiri je. Syukurlah, takdelah serius sangat, sbb sesetengah orang ada yang sampai bernanah. Tapi result sepenuhnya belum keluar lagi. Lepas raya baru jumpa doktor, harap takde yang merbahaya. Harapan seperti sinar mentari pagi ^^. Terima kasih semua....

Friday, September 4, 2009

Hujan dan Lavender

Beberapa hari ni selalu je hujan. Kadang-kadang pagi, kadang-kadang petang. Suasana seharian pasti mendung. Moga hujan yang turun ini penuh dengan rahmat dari Ilahi. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni, jadi takdelah rasa haus. Angin yang sejuk dan hujan yang renyai-renyai kadang-kadang membangkitkan perasaan sedih dan rindu, tenang dan nyaman. Pernah suatu ketika sy tertanya-tanya pd diri, mengapa sy suka pergi Cameron highland, setiap kali pergi ke sana ia menimbulkan suatu perasaan yg sukar untuk ditafsir.. dan salah satu sebabnya mungkin kerana udaranya yg nyaman, sejuk dan menenangkan hati.

Hujan dan lavender seakan2 teman seiring. Bauan lavender juga membangkitkan ketenangan dlm diri. Suasana yg mendung dan bauan lavender betul-betul mengamit perasaan rindu saya pd zaman sekolah, pd sahabat karib yg telah setahun meninggalkan sy buat selamanya, pd arwah mama, pd arwah ayah (atuk).

Waahh...begitu rindu pd saat itu. Kampung skrg sudah berubah, kalau dulu dpt mandi sungai yg jernih di belakang rumah, hari ini airnya dah keruh. Walau semak samun dan terbau bedak sejuk, tetap jua pergi dgn sepupu dan adik-beradik. Kalau dulu, setiap kali pulang ke kampung sy pasti bertemu sahabat karib saya tp hari ini hanya pusaranya yg menanti. Begitu juga arwah mama tempat bermanja. Arwah ayah yg selalu belikan perkasam ikan gelama kegemaran saya. Pulang raya tahun ini dan tahun2 mendatang sudah hilang serinya..

Alhamdulillah, ada Amjad penyeri hidup ibu. Abang, suami yang sentiasa memberi semangat. Ibu sayang semuanya.
Hujan dan lavender tetap memberikan ketenangan..^^

Sunday, August 30, 2009

Baru balik


Salam semua..
Lamanya tak update kan??
Minggu lepas suami dpt MC lagi. Jadi ambik peluang tu utk balik kampung.
4 hari jugak kat kampung. Suami pun dah lama kerja tak pernah cuti panjang. Mungkin sakit yang Allah bagi tu adalah peluang untuk dia berehat sepenuhnya kat rumah.Saya pulak juga berehatlah kejap dari menjahit sbb tak bawak mesin jahit pun balik kg. Lagipun, memang takde peluang nak menjahit.

:sheep:
Yang bestnya kalau balik Kelantan, dapat makan kuih muih Kelantan yg memang susah nak dapat kat Shah Alam ni.
Saya tentu sekali rindukannya...
Ni kuih jala mas yg diperbuat dari telur itik. Yang pastinya manis dan sedap ^^. Ada pelbagai lagi kuih Kelantan yang best, kalau kempunan sangat, kenalah buat sendiri ^^


Minggu ni akan mula menjahit beg lagi dan tempahan2 yang lain.
Sampai jumpa lagi ye.
Nak pergi mengemas rumah

:sheep:

Wednesday, August 19, 2009

Jangan jeles ^^

Alhamdulillah, walau skrg ni di uji dgn suami yg tak sihat, ada juga perkara2 yg mengembirakan.
Semalam saya terima bungkusan barang2 yg saya beli secara online dan hari ni saya terima lagi bungkusan dari US.

Kat bawah ni barang2 yg saya terima semalam. Nota jahitan yang saya order dari Azima kt WMC, T-shirt Hilyah untuk makcik dan yg best gak dpt pencil case dari kak shais. Ni sebab saya menang kira label bigeyesshop kepunyaannya :pandacloud_26:. Tengok pencil case 'stroberi' tu..yummy2, hihi ^^
Yang ni paling bestt..:pandacloud_27:
Ni barang2 yang ada dlm bungkusan dari US. Hadiah yang saya menang giveaway dari spinningspool-shoppe .
Terima kasih banyak-banyak kak lin^^.
Kain2 tu nanti saya nak buat something dan buat giveaway pulak ye..tungguuu :pandacloud_19:
Ada sesiapa ada idea atau teringin kain tu dibuat apa tak??

Alhamdulillah, ni pulak rezeki Amjad. Kaklin poskan sekali hadiah untuk Amjad, sepasang baju. Hihi..boleh Amjad pakai hari raya nanti.


Dalam kesibukan menjaga Amjad dan abah yg tak sihat. Saya sempat juga siapkan 2 tempahan.
Satu album untuk anak kak raihan dan satu lagi diaper bag utk CPM Honey Nuhaliza.
Jenguk-jenguklah sweetlilcraftshop ye ^^



Sunday, July 26, 2009

Sayang Ibu, Mama, Mak..



Hargai kasih ibu yang masih ada. Kehilangannya tiada galang ganti. Moga kalian masih punya kesempatan untuk menghargai, menyayangi dan membalas segala pengorbanannya yang sukar untuk kita balas.^^

Wednesday, July 15, 2009

Apa ni??


Salam semua, ni kraf yg terbarula jugak walau hasilnya dh sampai pd tuannya.
Nak tau apa ni?? sila ke Reveal the sneak peek..^^

Minggu ni merupakan minggu yg agak penat sikit..
Tak sempat nak update. Selalunya, tengah elok menaip Amjad tekan off computer.
Fuhh..terus hilang idea.
Sekarang dh tgh mlm, semua dh tidur..bolehla update kejap.
Tekan keyboard pun perlahan-lahan.
Oklah..will come back soon ^^.

Tuesday, June 30, 2009

:: Craft things and Craft ::




Some of the purchases for crafts and sewing projects..
I bought this from Yoonie. Really love it..:pandacloud_08:.

Tapi belum buat apa2 lagi..belum ada kesempatan. Kena siapkan tempahan dulu.
















Akhirnya..beli ni dari Buttonplanet. Button strawberry tu complimentary gift dari BP.
Waa..suka2. Saya pergi ambik butang ni by hand. Jadi boleh pilih gift tu..hihi :pandacloud_01: .
Kalau ada masa, dpt pilih butang2 lain secara life..woo, mesti rambang mata :pandacloud_07:. Sabar2..lari budget.














Ni album Amjad, sejak dia lahir..belum pernah cuci gambarnya. Semua dlm digital. Risau lak kang hilang, naya. Jadi, suami pergi cuci..dlm 200 keping gakla. Tu yg dah dipilih2.
Album ni dah dihias ngan butang dari Yoonie dan Buttonplanet. Aeroplane tu dr kain felt.
Kura2 tu sticker sy beli kat kedai stationery..yummy2, cantik2..tp belila yg mana patut kan? :pandacloud_16:



Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, June 13, 2009

:: Projek Kraf dan Kain Terbaru ::

Hari ini agak kepenatan, rasa panas badan dan pedih tekak. Agaknya pasal jerebu yang teruk kat Shah Alam. Selalu terperap kt rumah je, tapi semalam balik kampung kejap. Sampai dah pukul 10 mlm, dan baru tersedar terhidu udara yang tak sihat. Tekak mula rasa perit. Mungkin kena banyakkan minum air.

Sebelum baik pagi tadi, saya singgah kedai beli sedikit kain untuk projek Sweetlilcraft. Amjad bangun awal pagi tadi, bila dapat je ibu, terus tidur dalam kereta hingga sampai ke rumah (dr pukul 1-5 petang). Lepas dia makan dan mandi, barula dpt buka internet jap. Buka email dan blog.

Gambar di atas adalah beberapa projek yg telah siap dan ada yang telah diposkan.

1. 2 tote bag yg yelah diposkan kepada kak Raihan di Sabak Bernam.
2. Pencil box kawan saya, baru sampai pada tuannya hari ni. Harap Zaid suka. Saya selitkan sekali felt keychain yg disulam namanya, it's a surprise gift for her..^^
3. 5 kotak pensel yg di tempah oleh Nangkacak dari Sarawak. Yang ni belum di pos, masih menunggu bayarannya.
4. Ni pyramid coin purse. Cik As dr Tote Boutique telah kongsi alamat laman web toturialnya. Terima kasih Cik AS. Kawan saya tanya, boleh tak saya membuatnya. Mula2 saya baca tutorial tu saya tak berapa paham, kali kedua..saya cuba juga langkah demi langkah. Alhamdulillah, terhasil jugak. Purse ni dah berpindah milik..saya bg pada makcik kt kampung semalam. Insya'Allah, nak buat lagi untuk Ma dan 3 orang makcik lagi (makcik belah suami) Love them all.^^
5. Yang ni pulak surprise gift saya bg pada Kak Raihan yg borong semua (2) tote bag yg ada dalam stok. Buat ni agak tergesa-gesa , saya kurang berpuas hati. Harap dpt buat dgn lebih baik lain kali. Harap maaf jugak pd Kak Raihan ye...
6. Akhir sekali, semua pencil box ni diikat dgn riben yg dihias dengan butang. Moga pemiliknya senang nak buka zip nanti. ^^



Gambar ni pulak adalah kain2 tebaru untuk buat pencil box, tote bag, fabric handbag dan beberapa projek kraf yang lain. Kawan2 boleh juga jenguk kat Sweetlilcraft Shop. Sesiapa yang berkenan bolehlah tempah ye. Kalau boleh nak juga jahit beberapa beg atau projek kraf yg lain sebagai ready stock, tp maklumlah ada putera kecil yang perlukan lebih perhatian..hihi. Terima kasih juga pada kawan2 yang menempah dari saya. Mereka betul2 memahami dan sabar menunggu ^^ . Insya'Allah, I will do my best!! ^^

Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, April 29, 2009

:: Cerita Hari ini ::



"Hmm..yum2 sedapnya 'stroberi' ni"

Pagi ni, Amjad kena pegi hospital lagi utk buat chest fisio dan sedut kahak.
Semlm jumpa doktor lagi, dia bg inhaler dan antibiotic.
Hari ni nampak dah kurang sikit kahak dia, makan pun abis 2 senduk nasi ^^.

Tgkla amjad,semua benda masuk mulut. Macamana tak batuk.

Harap amjad cpt sembuh. Kesian dia, kekadang tgh tido pun mengigau nangis. Jumpa doc ngan nurse pun dh fobia.

"Ibu, berapa no abah ni??"

On the way nak g klinik tu, cek post box..
Aaa, scrap fabric yg sy order dr Kelly (Etsy) dah sampai,
pin brooch dan 2 helai kain felt dr nisa juga dh sampai. Hihi..byk projek nak buat ni.

Brg2 dlm 2 bungkusan.


Ni kain yg sy order. Kecik2 comel, japanese cotton pun ada..cute tak??



Image Hosted by ImageShack.us

Monday, April 27, 2009

:: Baru keluar wad ::

Salam semua..

Amjad masuk wad petang Khamis tu, Sabtu tghari dah balik.
Tapi dia punya batuk dan selsema belum sembuh sepenuhnya.
3 kali kena sedut, kesian dia..sekali dia bersin, kuar hingus campur darah. Luka sikitla tu.
Taktau nak buat apa lagi..
Esok ptg doc suruh jumpa dia lagi. Maybe bg dia inhaler pulak. Sampai dia betul2 sembuh.

Walaubagaimanapun, Amjad still happy. Dah makin lasak, dah mula panjat katil.
Masa tido makin kurang. Ibu pun mmg kena layan dia jela.
Been busy gak, nk siapkan tempahan beg dan pencil box.
Nanti gambar post kemudian.
Sekarang ni, Amjad atas riba..^^

Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, April 14, 2009

:: Hadiah Birthday ::


:crab1:

At last, I got this for my birthday.
TERIMA KASIH BYK BANG, SYGGGG ABG ^^

Hp lama adik ambik, dah bertahun gak pakai hp tu.


Image Hosted by ImageShack.us

Tuesday, April 7, 2009

:: Korean Drama ::


Ada peminat cerita korea tak? Saya ngan sepupu suka sgt cerita korea, tp sejak dia pergi Mesir ni..sy sorangla dok layan.
Tapi kat tv tak best lak. Dah lama cik choki bgtau pasal laman web ni, tp tgk sekejap je dulu. Takut jadi addicted..nanti semua keje tak jadi, hihi.

Nanti ada luang nak tgkla..sapa-sapa yg suka tgk cite korea bole klik kat gambar kat atas tu ye.
Macam2 ada^_^.

Image Hosted by ImageShack.us

Monday, March 30, 2009

:: Busyla skit ::


Semlm balik kg belah suami..hari ni agak kepenatan.
Shopping sakan kain kat sana. Ada beberapa projek nak buat.
Tunggu ye, kalau sapa2 berkenan bolehla tempah atau beli nanti.
Hope soon..dpt buka online biz.

Ni Amjad posing jap..hihi ^_^

Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, March 26, 2009

:: Ala-ala Decoupage ::

Ni rak yg dibeli semlm..enam belas hinggit je. Pagi tadi dok menukang pasang rak tu.

Ni papan yg kt belakang, tetiba dtg idea nak decopage kan dia.
Kononnya cam decoupagela..hihi.

Ni keras pembalut hadiah yg dipotong2.

Ditampal jd cam collage pulak, sbb tak cukup kertas pembalut Recycle kertas lama la ni.
Hasilnya..

:sheep:
Nila transformasi rak yg dibeli semalam.
Kalau divarnish jadila decoupage betul. Tapi takdela lawa mana pun, saje je suka2 nak buat ^_^.



Image Hosted by ImageShack.us