Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Monday, June 7, 2010

Wedding Invitation


Got a lot, a lot of wedding invitations. Hehe..bukan banyak mana pun tp bila semua kenduri kat kampung, tak laratnya nak balik. Pagi Sabtu lepas baru balik Kelantan, penuhi jemputan kahwin kawan suami. Semalam dah balik sini, Jumaat ni nak balik lagi..kenduri kawan baik saya pulak. Fuhh..penat gile. Tak pergi, rasa tak patut pulak, dia tunang hari tu pun tak dapat pergi. Nak naik public transport memang tiket dah abis pun.


Kerja pun byk tertangguh. Minta maaf byk2 buat semua yg menempah bag dan telah bayar deposit..jadual lari sedikit. Saya perlukan kekuatan untuk menjahit semula. Minta maaf byk2..

Tuesday, June 1, 2010

Dream Catcher Fairy Giveaway


Buat pertama kalinya, Sweetlilcraft yang baru menyertai giveaway.  Blog yang lama selalu ikut serta ^^.


Ok, hadiahnya cukup menarik yang disediakan oleh Dream Catcher Fairy. Saya teruja dengan fabric cover buttons tu ^^


Ada yang berminat untuk sertainya boleh singgah ke Dream Catcher Fairy. Tarikh tutup pada 25 June 2010.

Ingin anak dan ilham utk berkraf?

Salam semua, hari ini izinkan saya berkongsi sesuatu dgn rakan2 dan pembaca semua ^^.

Ilham utk berkraf atau menghasilkan sesuatu yg kreatif dan lain dari yang lain dtg dari pelbagai cara. Ada dtgnya dari alam semula jadi, gambar, internet atau apa saja di sekeliling kita. Namun semuanya adalah asbab atau sebagai perantaraan yang Allah salurkan melalui minda kita.

Kreativiti juga tertakluk pada banyak bidang termasuklah dalam menghasilkan kraftangan, masakan, fotografi, lukisan dan sebagainya. Jadi  sesiapa saja yg ingin menjadi org yg lebih kreatif, mendapat ilham yang baru dalam karyanya amallah Asma Ul Husna  ini:

Ya Musawwir - Pereka


THE FASHIONER
~


Allah fashions His creation. For example He gives different types of birds, different shapes, sizes and colours. He is the designer and giver of forms and colour to His creation.



Bolehlah baca seberapa byk pun, tengah menjahit ke..tgh buat kek ke, moga Allah berikan idea yang baru dlm menghasilkan hasil tangan masing2 ^^.

Zikir Asma-ul-husna ni makcik saya yg bagi minggu lepas selepas dia balik dari kuliah subuh. Dia pun suka dalam membuat kraftangan, memang satu hobi dgn dialah^^.

Alhamdulillah, dalam saya mencari maksud Al-Musawwir ni saya terjumpa wallpaper ni. Beberapa bulan yg lepas, kawan saya ada beritahu saya  supaya berpuasa 7 hari untuk dapatkan anak tapi lupa zikir apa yang perlu saya baca. Semalam baru saya bertanyakan suami pasal ni, tapi dia lupa langsung pasal amalan tu. Hari ni Allah dah bagi jawapannya. Alhamdulillah, syukur sangat.



Jadi sesiapa yang inginkan anak atau nak tambah anak (mcm saya ni^^) bolehlah amalkan:

Puasa 7 hari berturut-turut dan setiap kali buka puasa dengan air ucaplah Al Musawwir/ Ya Musawwir.



Insyaallah, Allah akan berikan zuriat. Alhamdulillah, kawan saya yg amalkan ni, sebulan  lepas tu dia pregnant. Kita berusaha, Allah menentukan semuaNya. Apapun Allah akan bagi yang terbaik untuk kita, redha lah atas segala dugaan dan kurniaNya.

Mengingati Allah..Allah akan ingat pada kita. Mengingati Allah..hati akan menjadi tenang. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya.

Wallahualam.

Thursday, May 27, 2010

A few crafts

Baru hari ni ada kesempatan nak upload semua gambar hasil jahitan saya utk beberapa minggu dan bulan yg lepas. Lama tak cerita pasal kraf kan? ^_^.


Ni aksesori kereta yang ditempah oleh kawan saya. Saya jahit sebelum berangkat ke Mekah hari tu. Sepasang bone-pillow, seat belt pad & tissue cozy.




Saya letak bunga crochet. Akhirnya menjadi jugak bunga saya..hihi.



Ni pulak wallet Paes, ni kawan lama saya..dah byk dia order ngan sy. Sayang ko paes ^_^




Tote bag dan sling clutch ni ditempah oleh Christine dari Sarawak.



Ingat lagi tak pencil box mushroom /kinoko saya hari tu. Saya tambah nama Hanan dan jadi present buat my cousin, Hanan ^_^. Baru2 ni dpt tempahan dari kawan dia pulak..alhamdulillah ^_^


Bunga crochet ni handmade juga tau. Haha..baru pandai crochet, perasan pulak. Asalnya sy cuba buat crochet lace kemudian saya gulung jadi bunga, pastu saya tampal kat wallet ni.


Inilah walletnya ^_^



Ni bahagian dalam. Ada sesiapa berminat dengan wallet ni? Boleh dptkan kat LILSTORE ye ^_^



Scrunchies ni pulak utk Umie Bibi, nanti sy emel Umie ye (belum bgtau dia lagi ni). Semuanya dari kain cotton US.


Itu jelah dulu buat hari ni. Satu backpack dah siap tapi nantilah saya upload gambarnya. Hari ni balik kampung kejap. Hmm..bawak sikit kain2 utk dipotonglah.

Wednesday, May 26, 2010

Percutian: Pulau Perhentian

Minggu lepas saya sekeluarga ke Pulau Perhentian, ikut rombongan pejabat suami. Ni pun tak plan nak pergi tp fikir tak pernah bercuti di sana dan harga pun lagi murah jika dibandingkan pergi sendiri. Jadi, seminggu sebelum tarikh pergi tu kami ambik keputusan ikut serta.


Kami naik bas sekeluarga, bertolak pukul 11 malam dan sampai lebih kurang puku 9 pagi di Kuala Besut. Amjad tidur je sepanjang perjalanan, memang tak jadi masalah lah bawak dia jalan ^_^



Ni gambar yang sempat sy ambik masa dalam bas. Nasib baik cermin bas bersih, jadi jelas je gambarnya..hihi.





Banyaknya ikan, ni kat bawah jeti. Saya ambik masa nak balik. Ada aktiviti snorkeling utk semua, tapi saya tak ikut..bawa Amjad main kat pantai je. Petang sebelum balik tu saya cuba jugak snorkling kat tepi pantai tu, tapi nampak je timun laut atau gamat tu..saya dah geli gelemang. Terus naik takut terpijak..geli-geli.





N resort yg kami duduk, Senja Bay Resort. Bilik kami kat atas, memanjat tanggalah jawabnya tapi ok gak sbb malam takdelah bising dengar org berkaraoke.




Cantikkan?




Pemandangan petang, matahari tenggelam.





Malam akhir ada BBQ. Hmm..best gaklah. Amjad mcm biasa ratah ikan, nasi tak nak ^_^.





Akhir sekali, SWEETLILCRAFT kat Pulau Perhentian..hihi ^_^

Monday, May 24, 2010

Craft Supply



Ada beberapa barang terbaru di Lilstore antaranya zipper head / charm dan hp strap dengan harga yang murah. Dapatkan di LILSTORE ^_^ sebelum kehabisan stok.

Sunday, May 23, 2010

Lilstore

Lilstore telah rasmi dibuka sejak beberapa bulan yg lepas. Urusniaga boleh dilakukan mengunakan Paypal, Maybank atau CIMB. Anda perlu daftarkan diri untuk memudahkan proses penghantaran dan utk menyimpan rekod pembelian yg memudahkan pihak kami menyediakan diskaun kupon kepada mereka yang layak. Tanda asterik (*) merupakan ruang yg wajib diisi, termasuklah tarikh lahir anda. Ini hanyalah proses menhalang penipuan dari pihak zencart (sponsor catalog lilstore) daripada penipuan kad kredit dah sebagainya. Untuk keterangan lanjut anda boleh membaca Conditions of use & Privacy notice.


Sebarang kesulitan, anda boleh hunbungi saya di mail@sweetlilcraftcollections.com atau sweetlilcraftshop@gmail.com