Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, February 10, 2009

:: Banyaknya Awards ::

:crab1:

Suka sgt..menambah koleksi award sy yg sedia ada. Terima kasih buat kak inahar dan kak tirana. Moga ukhwah bertambah erat dan berkekalan.

Image Hosted by ImageShack.us

Monday, February 9, 2009

:: Aksi Amjad ::

Beberapa aksi Amjad dlm tempoh usianya 6 bulan. Baru beli Mr. Teddy tu tp dia bukan main pun. Yang dia suka, HP, remote TV, suratkhabar dan ntah apa2 lagi yg bukan mainan dia. Skrg simpan dulula Mr.Teddy tu lagipun belum sesuai tuk umur dia. Takut bulu masuk paru2 lak. Dah pandai posing, bila orang nak ambik gambar je..bukan main lagi dia senyum.Hihihi..tgkla aksi dia :pandacloud_16: .

Yang ni baru nak belajar merangkak. Belum pandai lagi pun, baru belajar angkat punggung. Pastu kang jatuh, meniarap balik. Meniarap pun dia tak mara ke depan, asyik bergolek je..tak pun undur ke belakang. Hemm..takpelah. Yang penting Amjad membesar dgn baik dan sihat, jadi anak yang soleh..amin :pandacloud_06: .



Image Hosted by ImageShack.us

:: Pouch Sling ::

Assalamualaikum semua..lama betul tak update. PC pun jarang sgt dibuka, sebabnya cuti hari minggu lepas tak lekat kt rumah. Keluar jalan2, mlm baru balik..


Hari ni nak cerita pasal pouch sling, saya beli kat Big Eyes Shop. Lepas raya cina hari tu, sy dpt pouch sling ni melalui pos laju. Ada keychain sekali yg dibuat dr kain felt. Semua ni hasil kerja tangan kak shais. Memang kreatif sgt akak ni. Pakai pouch sling ni mmg senang, badan pun tak lenguh atau sakit pinggang. Amjad pun suka je dok dalam tu. Leboh2 lagi Amjad dah 8kilo skrg..aduss. Ada sekali sy pergi Giant Shah Alam, ada org tanya, mana beli pouch sling ni..tgk seronok je anak dok dalam tu. Sy ckp beli secara online jela. Nak bgtau lebih2 dia tak tanya lak alamatnya..lgpun nampak cam tak kawin lg org yg menanya tu..hihi.

Jadi, sesiapa yg berminat bolehla lawat big eyes shop tu, skrg pun macam ada byk lagi kain baru..lawa2. Dan sapa yg nak kenal kak shais boleh klik kt nama dia kat atas tu ye..biggrin

p/s: kak shais, promote akk ni..moga bertambah maju.wink

Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, February 4, 2009

:: Meh join Pertandingan Bah. 1 ::


Tetiba je rasa nak buat pertandingan..mrgreen . Ini sebahagian tanda perhargaan pada kawan2 blog yg sudi melawat dan meluahkan rasa di sini. Tanpa kalian..siapalah saya redface.

:: Pertandingannya ::

Nampak tak no. untuk ANDA TETAMU AMJAD YANG KE..2119? Ok, jadi siapa yg jejak kat sini pada no. yg ke 2222 ..silalah printscreen dan emailkan saya:-
nama penuh
gambar printscreen page 2222 tu.
alamat rumah
no tel.
Email saya noridayu81@yahoo.com.
Hadiahnya.....misteri rolleyes .


Image Hosted by ImageShack.us

:: Got another Tag ::

Selalunya bila dapat 1 tag, mesti ada tag lagi yg dapat, cam 'wabak tag'..hihi, tapi yg ni takdela menyakitkan. Seronok gak, tu tanda kwn2 ingat kt kite..Tag ni dari Cik Anie, kakak yg satu sekolah n satu daerah ngan sy :pandacloud_01: . Ok nak jawab ni..

@mail01
Rules and regulationnye~ Do not copy answer.~ The tag question must be 100% the same.~ Tag people after doing tag.

1. May/Ied
2. Natasha
3. Faiz
4. Maria
5. Shela
6. Yong
7. Mamaafiq
8.Mama Irfan
9. Cintamiloais

1.How do you know 1? kat forum Ratuhati..sapa nk join klik kt sini ye.

2.What would you did if you never meet 2? Tak beshhla klau tak kenal natasha..she is a good friend.

3.What would you do if 3 and 4 dated you? Best gak ni..ni kwn lama masa kt kolej.

4.Would 5 and 6 make a good couple? sama pompuan jadi kawan bolehla..

5.Do you think 7 is attractive? Yes, of course..tambah skrg tgh preggy.

6.Do you know anything about 8's family? 'Dono'..baru je kenal.

7.Tell me something about 9? Suka minum milo..oo, dik milo, nti tukar minum vico /ovaltine lak ye..milo dh boikot.hihi..

8.What language does 2 speak? melayu la, org Melayu.

9.Who is 3 going out with? Ngan kawan n famili..n somebody.

10.How old is number 4? Sama umur..

11.5? Sama gak..

12.Who is 6's favourite singer? Ala..apa yong?tak tau lak..

13.7? Pun taktau..

14.Is 8 single? No la..dah ada anak pun.

15.What's 9 last name? taktaula nama betul pun taktau..

16.Would you consider being in a relationship with 1? fantastic blogger friend..

17.Which school does 2 go to? Apa ye..xtau lak, universiti taula..UM

18.What do like about no 3? haha..dia mmg suka gelak. Lama x jmpa ko..:pandacloud_16:

Done..!


Image Hosted by ImageShack.us

:: Got another Awards ::

@ehsan01

Hemm2, waa..tetiba je dapat byk award perasan jap..hihi. Award ni sy dapat dari rakan2 blogger sy yg dichintai..


Yang ni sy dpt dr rakan blogger yg baru je kenal..Seri. Terima kasih byk ye seri. Moga ukhwah berpanjangan..






3 awards di atas ni lak, sy dpt dr kak farah a.k.a mommy otai..hihi. Terima kasih banyak2 ye kak. You are a Fantastic friend too..
Jadi sy panjang2kan gak 3 awards ni tuk semua rakan blogger sy. Ambik jgn tak ambik ye..



Image Hosted by ImageShack.us

Sunday, February 1, 2009

:: Ayat Fatir ::

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


"Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): Dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan supaya kamu bersyukur." Surah Fatir: Ayat 12.


"Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma." Surah Fatir: Ayat 13.


p/s: Saya bukanlah ahli dlm bidang tafsir, ini cuma ingatan pada sy dan juga rakan2. Sama-samalah kita renung dan dapat iktibar dari ayat di atas. Moga kita bersyukur dgn segala nikmat yg Allah kurniakan. Alhamdulillah...


Image Hosted by ImageShack.us