Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..
Showing posts with label pouch. Show all posts
Showing posts with label pouch. Show all posts

Monday, December 27, 2010

I'm giving away a Make up Pouch

Salam,

Dah nak berakhir tahun 2010 ye. Cepatnya masa berlalu. Itulah, bila dah akhir zaman, masa berlalu rasa begitu cepat. Dah 2 tahun juga saya berblogging, tapi bukanlah blogger tegar. Sekadar mengisi ruang dan berkongsi sedikit cerita ^^.



Minggu lepas, tengah mengemaskan rak dalalm bilik jahit tu terjumpa kain yang telah dipotong untuk buat make up pouch. Dah lama juga kain ni tersadai kat rak, jadi sementara nak siapkan beg yg lain saya jahit sekejap make up pouch ni. Saya jahit dalam keadaan kelam kabut sedikit. Jadi, banyak kali kena tetas sebab tersalah jahit. Hmm.. itulah sebab tak nak jahit beg terkocoh-kocoh, nanti ada je yang tak kena.





Bahagian depan saya patchwork dengan kain cotton dan bahagian belakang dijahit snow crochet.





Ini bahagain belakang. Material jeans dan cotton, bahagian dalam saya tak guna cotton. Jenis kainnya saya tak tahu pulak, polyester kot.





Disebabkan jahit terkocoh-kocoh, lining dalam terbuka dan saya kena jahit sembat. Tapi takde pulak benang yg sama warna, hasilnya nampaklah benang sembat tu.



Tapi masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan ^^. So, I want to give away this make up pouch to one lucky winner. Ada yang berminat ke?Apa yang perlu dibuat ialah:







1. Kalau ada acc FB (Facebook), just Like and Follow Sweetlilcraft Collections Fan Page.



2. Put me in your bloglist, be my friend and I like to be your friend too ^^.



3. Tinggalkan komen kat sini dan jangan lupa beritahu saya id FB dan pastikan ada link blog supaya saya boleh jejaki kalian ^^.



4. Untuk sesiapa yg tidak yang mempunyai blog, boleh sertainya di sini.



(layak untuk orang yang beralamat kat Malaysia je..hehe)





Itu aje, senang kan ^^. Tarikh tutup pada 31 Dis 2010, 11:59 PM. Insyaallah, pemenang akan diumumkan 3hb Jan 2011.



Tuesday, November 30, 2010

Patchwork Pouch

Dah sebulan saya jahit pouch ni. Ingat nak jahit banyak-banyak dulu baru upload tapi tak sempat lagi nak buat yang lain. Kainnya dari fabrik scrap yang saya beli dari Kelly (Fabric Fanatics) setahun yang lepas kat Etsy. Lama kan?? Haha..sayang nak guna. Kain kotak2 coklat tu pulak dari US, Kak Lin (Spinnings Spool). Aduh..lama tak borak dengan kaklin, rindunyaa..



Pouch ni saya jahit secara patchwork di bahagian depan sahaja. Warna kainnya sama jadi tak perasan patchwork kan? Penutup saya guna flex frame. Pouch ni sesuai utntuk isi hand phone, ipod dan kosmetik yg kecil seperti lipstik, eyeliner & etc.




Bahagian belakang saya jahit cotton label. Label tu saya dapat sebagai free gift dari Kawaii Stations.



Saya hias dengan crochet lace yang saya beli dari May,  crochet flower dan cover button tu yang saya buat sendiri.


Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan pouch ni kat LILSTORE. Ada satu je, specially create for you ^^ !!

Friday, November 12, 2010

Uncang Muni


Alhamdulillah, lega rasanya apabila siap jugak 700 uncang untuk perkahwinan Muni.  Mencabar betul buat uncang ni, nasib baik sepupu, makcik dan suami ada gak menolong. Ringan jugaklah beban. Tapi sekurang-kurangnya ada jugaklah pengalaman menerima order yg byk mcm ni. Tapi cukuplah rasanya pengalaman itu. Dah penat..huhu.


Jadi, lepas ni nak tumpu siapkan tempahan yang sedia ada. Saya minta maaf banyak2, saya dah tak dapat menerima tempahan lain lagi. Bukan menolak rezeki, tapi saya perlukan ruang masa untuk Amjad yang kian membesar.


Minggu depan saya balik kampung seminggu. Jadi, jika ada sesiapa yang nak order apa-apa terus je pergi LILSTORE.  Segala urusan pengeposan saya akan lakukan selepas saya balik dari kampung.


Akhir sekali..


SALAM IDUL ADHA buat semua ^^



(note: Pening kepala nak tulis dalam Bahasa Inggeris lagi.  Jadi sayangilah bahasa kita..haha)


Monday, September 20, 2010

WIP & Other crafts

Sebulan dua ni saya sibuk untuk siapkan mini pouch untuk wedding Muni.
Tergendala sekejap semasa raya hari tu. Ada 300+pcs lagi perlu disiapkan. Harap dalam pertengahan bulan 10 ni semua dapat disiapkan. Lepas tu barulah boleh tumpu untuk siapkan tempahan yg lain pulak.



Ini sebahagian yang dah siap. Tapi belum masukkan riben.



Yang ni contoh yang dah siap sepenuhnya.




Haha..ini my sleepy owl. Buat ni sambil melayan Amjad main Thomas. Mr Sleepy Owl ni dibuat dari stokin Amjad yg dah koyak.. v-v. Sesaja je buat, menambah koleksi kraf kat rak :lol:




Ini kek strawberi dari felt fabrik untuk makcik saya. Semua kraf ni buat masa bulan puasa hari tu, nak rilekkan belakang lenguh menjahit :)


Ok, have a nice day. Nak pergi makan jap =)

Friday, September 3, 2010

Pencil boxes and Wrislet pouch

Salam semua,

Ni lagi hasil tangan yang sudah siap sebulan lepas. Semuanya dah diposkan kepada tuan punya.



Ni satu set pink yang ditempah oleh Syamila, satu pencil box dan satu lagi wrislet pouch. Sulam nama Fatin Amirah pada pencil box. Harap Syamila dan adiknya berpuas hati. Terima kasih ye ^_^




Ni pulak ditempah         oleh mamafami untuk anaknya Fatin. Pencil box ni Fatin nak hadiahkan pada kawannya yang tinggal di Australia. Design direka oleh Fatin sendiri. Kreatif orangnya kan.. ^_^






Ni bahagian depan, ada sulam nama Isabelle dan buaian di bawah pokok yang menghijau.  Bahagian tepi  kiri ada bulan dan matahari di sebelah kanan. (gambarnya saya tak muat turun kat sini)







Yang ni pulak bahagian belakang. Suasana malam hari di bandar. Kat bawah tu bangunan yang diserikan dengan cahaya lampu dan ditemani bulan dan bintang.. ^_^.


Ohya, ada satu poket boleh buat isi duit syiling.  Kiranya ni kali kedua Mamafami tempah dengan saya. Terima kasih Ma ^_^

Thursday, September 2, 2010

Make Up Pouch and Ipod Case

Dah tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita berpuasa. Bulan ni memang produktiviti menurun sebab sibuk untuk penuhi keistimewaan Ramadhan dan nak siapkan 700 pcs uncang Muni. Pengsan jugak rasanya nak siap..hmm, lepas ni tak nak ambik bulk order lagi kot. :fuhh:


Tapi seronoknya dengar jutawan Ramadhan yang jual kuih raya dapat jualan sampai berpuluh2 ribu. Bila pulak nak jadi mcm tu gak ye?? Jual kuih raya gak tahun depan?? Hihi  :lol:


Ohya, make up pouch dan ipod case ni dah lama siap, sebelum bulan puasa lagi. Barang ni pun belum lagi diposkan kerana masih menunggu bayaran penuh dari tuan punya, busy nak raya kot.



Bahagian depan dicantum dengan dua kain yang berbeza, sementara bahagian belakang cuma satu corak kain.




Ipod case ni agak susah nak buat sebab saiznya yang kecik dan ada plastik. Jadi tak boleh nak terbalikan untuk buat tapak, kalau terbalikkan plastik jadi berkedut pulak. Tapi saya dah tau satu cara lain untuk buat tapak tanpa terbalikkan kain. Hmm, nanti boleh cuba buat yang lain.


Ok, sampai jumpa lagi. Moga kita sama-sama dapat cari malam lailatulqadar, insyaallah.

Monday, August 23, 2010

Sling Pouch

Bulan puasa ni rasanya tak larat nak update blog. Ada 2-3 projek yang dah siap tapi belum dapat update kat sini. Amjad dah tidur, jadi ambik kesempatan update kejaplah. Jap lagi join Amjad sekali :)



Ni sling pouch yg saya jahit untuk Norlie, tuan punya sekocinorlie. Katanya nak macam Garden Party Wrislet tapi nak tali panjang dan boleh dibuka kalau tak nak pakai. Jadi saya jahitkan penyakut dgn D-ring pada pouch.



Tapi saya terlupa nak letak tali untuk wrislet, kalau buka tali panjang tu macamana nak pegang pulak kan? Jadi kena ubah balik. Nanti cik norlie nak dtg ambik saya ubahlah. Sekarang tengah sibuk siapkan pouch Muni 700 pcs, kena siapkan sebelum bulan 12 ni. Jadi tempahan yang lain, harap sabar menunggu ye. Ohya, kain yang saya guna adalah design dari Heidi Grace,  saya beli dari Kak Lin, Spinningspool Shoppe. 100% English cotton.



Nila taman bunga cik norlie kita. Simple je. Oklah, nak pergi join Amjad. Jumpa lagi. Selamat Berbuka Puasa hihi .

Thursday, February 25, 2010

Garden Party Wristlet

This wristlet was requested by Ann. I'm manage tried to make one just like the pattern she gave me. Alhamdulillah, finally it finished like she want. I used fabric that I bought from Kaklin, Keepsake Calico.




Garden Party Wristlet in the garden ^_^

Thanks for reading. Have a nice day!!

Sunday, November 15, 2009

Diaper bag and Toiletries pouch


This is diapers bag for Yanti.
Hope she like it. I put gusset on the left and right, so it come out in square shape.
It also not easy like others and my first ever attempt making this pattern so it not 100% perfect but I'm still happy when it done.
My husband love this pattern.
In future, I need much more details and practices on this pattern.


It have 5 pockets inside.


Toiletries pouch, only one pouch but have two and different name on it.
Nadine & Murni.
For this pattern, its need to re-size to become much more bigger and we could put anything like doreamon's pocket (~_^).
Until then, wait for my tutorial on the next post.

Thank you very much for reading(* v *)!!




Thursday, June 25, 2009

Lipstik purse


Ni bukan pencil box tau..hihi.
Ni boxy pouch yg saya hadiahkan pada Paes.
Ingatkan nk buat empat segi tepat, tp sebab tak ukur betul2 jadi gitu lak.
Saiznya dlm 5'' rasanya. Lupa lak nk ukur sblm hantar.
Mungkin Paes boleh isi syiling atau lipstik ^^

Wednesday, April 8, 2009

Collection of Hello Kitty

Salam semua..jom tengok koleksi terbaru.

Hello Kitty Box Pouch, Hello Kitty Bookmark and Paper clip.
Semuanya dengan HARGA PROMOSI.
Grab all now!!


Hello Kitty Box Pouch
RM 6.00 RM 5.00 only
Size = 6" x 2"
Taken Out

Hello Kitty Bookmark and Paper Clip
RM 5.00 RM 3.00 only
Size = Bookmark: 9.5" long, Paper Clip: 2"
Only one in stock.
Sold

Please email me to order ^_^.