Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..
Showing posts with label lilstore. Show all posts
Showing posts with label lilstore. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

Patchwork Pouch

Dah sebulan saya jahit pouch ni. Ingat nak jahit banyak-banyak dulu baru upload tapi tak sempat lagi nak buat yang lain. Kainnya dari fabrik scrap yang saya beli dari Kelly (Fabric Fanatics) setahun yang lepas kat Etsy. Lama kan?? Haha..sayang nak guna. Kain kotak2 coklat tu pulak dari US, Kak Lin (Spinnings Spool). Aduh..lama tak borak dengan kaklin, rindunyaa..



Pouch ni saya jahit secara patchwork di bahagian depan sahaja. Warna kainnya sama jadi tak perasan patchwork kan? Penutup saya guna flex frame. Pouch ni sesuai utntuk isi hand phone, ipod dan kosmetik yg kecil seperti lipstik, eyeliner & etc.




Bahagian belakang saya jahit cotton label. Label tu saya dapat sebagai free gift dari Kawaii Stations.



Saya hias dengan crochet lace yang saya beli dari May,  crochet flower dan cover button tu yang saya buat sendiri.


Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan pouch ni kat LILSTORE. Ada satu je, specially create for you ^^ !!

Monday, November 29, 2010

Sales For Skip Hop Bag


JUALAN MURAH DI LILSTORE!!


Hi,

Jika anda ada anak yang akan ke taska atau tadika, Skip Hop Bag adalah beg yang paling sesuai untuk anak kecil anda. Skip Hop Bag telah menghasilkan beg yang comel berbentuk  binatang dalam pelbagai pilihan. Ia juga mempunyai pelbagai warna yang cerah dan terang yang amat sesuai untuk si kecil anda.


Skip Hop Bag telah berada di LILSTORE sekarang! Ada 3 pilihan corak di dalam simpanan. Dalam tempoh seminggu, bermula hari ini (29 Nov - 5 Dis 2010), anda boleh dapatkannya dengan harga diskaun. Sila layari LILSTORE untuk keterangan lebih lanjut.



Sunday, November 28, 2010

New Items

Salam,

Ada beberapa produk baru telah dimasukkan dalam LILSTORE. Pelbagai bahan untuk kraftangan, beg dan hasil kerja tangan saya.



Boleh layari LILSTORE untuk ketahui lebih lanjut. Lilstore juga akan mengadakan JUALAN MURAH untuk produk yang terpilih sempena buka sekolah akan datang. Jualan murah akan bermula esok (29 Nov 2010) dan berlangsung selama seminggu. Jadi jangan lupa layari lilstore dan ambil kesempatan sempena jualan murah ^^.


Jumpa lagi ^^/.