Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Monday, September 20, 2010

JajaKraf..Tamu JajaKraf and Giveaway

Enrty kali ni istimewa buat Jaja. Saya kenal Jaja a.k.a Jajakraf hampir 2 tahun yg lepas. Rasanya semasa saya tengah mengandungkan Amjad. Hasil kraftangannya memang saya kagumi kerana segar, terkini dan kemas. Jahitan tangannya cukup teratur dan teliti hingga boleh dikatakan seperti dijahit mesin. 2 tahun lepas, Jaja banyak hasilkan felt kraf, tote beg, kotak hadiah dan paling saya suka baju kecil. Sekarang, Jaja byk hasilkan klip rambut dan masih ada ada lagi felt kraf yg sememangnya sudah sebati dgn Jaja. Namun, apapun kraf dari Jaja pasti hasilnya amat memuaskan dan cantik.


Saya sendiri banyak dapat inspirasi dari Jaja. Saya pernah dapat satu keychain dan hp strap mobile dari Jaja. Bila sampai di tangan, seperti diduga kraf dari Jaja begitu cantik. Dalam hati, “hanya orang yang sabar sahaja mampu hasilkan kraf yg begitu teliti dan kemas." “Aku boleh ke?" Hihi..memang cabaran tu!! Ketekunan, kegigihan dan kekemasan hasil tangan Jaja menjadi inspirasi kepada saya. Sekarang keychain tu jadi peneman kunci rumah saya supaya tak tertukar dengan kunci dengan suami. (sebab suami pernah terbawa kedua2 kunci, hingga saya terkunci dlm rumah :P )


Kalau tak silap, awal tahun 2010, Tamu JajaKraf dilancarkan. Tamu Jajakraf menyediakan banyak barangan kraf yang sukar didapati di kedai-kedai tempatan. Boleh dikatakan juga Tamu Jajakraf ialah one stop center for crafters yang menyediakan pelbagai barangan untuk  menghasilkan kraftangan. Jadi tak perlu nak memandu mencari kedai jika boleh klik je kan? Jimat masa dan tenaga. Kalau 2 tahun lepas, felt fabrik sangat susah untuk didapati, sekarang kat Tamu JajaKraf pun ada jual. Lagi senang bila boleh beli dengan bahan-bahan kraf yang lain seperti butang, alat-alat jahitan, klip rambut malah kraftangan dari Jaja sendiri. Boleh jimat kos penghantaran.


Ini hanya sebahagian barangan yang dijual kat Tamu JajaKraf, banyak lagi yang dijual. Boleh singgah kat Tamu JajaKraf untuk jam mata atau shopping terus! ^_^






Hampir setiap bulan Jaja juga membuat giveaway. Tak semua sempat saya ikuti. Tapi kali ni, saya tak nak lepaskan peluang :love:. Hadiahnya cukup menarik. Ada tiga pemenang untuk memenangi hadiah di bawah:




#1 Winner + **RM50 Shopping Voucher




#2 Winner + **RM50 Shopping Voucher




#3 Winner + **RM50 Shopping Voucher


Ada yang berminat ke? Pastinya kan? Untuk maklumat lebih lanjut boleh jenguk Jajakraf dan jangan lupa singgah Tamu Jajakraf v-v.


Moga Jajakraf dan Tamu Jajakraf bertambah maju dan diberkati Allah. =)

No comments:

Post a Comment