Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, March 16, 2010

Basi dah

Jangan makan!! Kalau makanan basi, memang tak boleh makan. Kalau cerita basi macamana pulak?? Hihi..saje je sbg pembukaan. Cerita ni bukan basi cuma tak fresh sebab dah lama perap. Cerita semasa saya pergi Sarawak hari tu. Pergi tanpa dirancang. Ntah apa mimpi suami saya malam tu, saya buka mata je dia terus cakap.. "Jom kita pergi Sarawak". "Betul ke ni?"(kekadang dia gurau je) tapi rupanya hari tu memang betul. Katanya dah cek tiket, tak mahal sangat. Jadi boleh lah pergi. Jadi, petang tu kami terus terbang ke Sarawak. Kawan baik suami pulak memang tiggal kat sana, jadi kami takdelah menginap kat hotel..jimat kos penginapan :) Kami tinggal kat sana dalam 4 hari 3 malam. Ok, jom tengok gambar..


Inilah awan ciptaan Ilahi, sekali tengok macam gunung-ganang..subhanallah. Gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke Sarawak. Saya suka tgk awan, mendamaikan dan terasa diri ini begitu kerdil.


Gambar kat airport Kuching. Cantik jugak airportnya. Tak macam LCCT.. :( , namanya dah low cost. Ni tengah menunggu kawan sampai.


Sampai sana, kawan bawa pergi makan nasi ayam penyek kat restoran Raja Ayam Penyek kat... mana tempatnya ye? Alahai, lupa dah..nilah bila cerita diperap2:) Ha...Satok! Betulla rasanya.

Inilah nasinya..hmm, memang sedap. Sebelum balik pun pergi makan nasi ni dulu. Kot kang kempunan pulak.


Laksa Sarawak ni kami rasa sebelum balik, bolehlah..tapi tak kena dgn selera kami :)


Dalam perjalanan ke seberang dari Waterfront. Amjad menangis naik bot, takut dgn bunyi yg enjin bot..hihi. Kat seberang, kami borong kek lapis.


2 gambar kat atas tu kat Sarikin. Lebih kurang macam Rantau Panjang, Kelantan gaklah, tp kt Kelantan dah ada bangunan sendiri tapi kat sini jual kat pondok je. Operasi jual beli cuma hari Sabtu dan Ahad. Barang2 memang murah, nasibnya tak bawak byk cash..kalau tak, habis diborong. Mana taknya, duit yg ada pun boleh abis, tinggal berapa ringgit je..hihi


Sebelum balik, bergambar kat kucing ni. Ini acara wajib ni. Bila nak datang lagi tak tahulah.
Itu aje, terima kasih :)

2 comments:

  1. gambar ayu takder...gambar amjad pun leh tgk belakang jer...huhu

    ReplyDelete
  2. hihi..seganla nak letak gambar ayu :)

    ReplyDelete