Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Friday, July 31, 2009

Frame for Album

Minggu lepas balik kampung, tidur sana semalaman kat sana. Memang tak dapatla nak menjahit.
Tapi saya bawa kain2 felt dan bahan2 yg lain untuk kraf.
Makcik saya minta saya buat frame album macam yang Amjad punya hari tu. Jadi masa inilah boleh buat kraf ni sbb ada adik2 sepupu yang boleh jagakan Amjad. Kalau balik rumah, sibuk nak menjahit pulak.
Dan
.
.
.
.
Inilah hasilnya.
Simple je.


Makcik nak hadiahkan pada anak kawannya.
Baru 2 hari lahir, disahkan sakit jantung berlubang. Sekarang dah setahun lebih, masih di hospital.
Anaknya lebih kurang baya Amjadlah.
Moga Izzul Afif cepat sembuh, membesar dengan sihat nanti..amin ^^




Tuesday, July 28, 2009

Kain baru untuk Tempahan Tote bag, Pouch atau Purse


us1. Colorful Stripes - out of stock
us2. Keepsake Calico - out of stock
us3. Stonehill Collection - a few


us4. Project Runway Button - (a few)
us5. Cupcakes in pink - (a few)
us6. Cupcakes in black - (a few)


us7. Heidi Grace Collection, Birdie. (out of stock)
us8. Heidi Grace Collection, Flowers in Dark Brown. (out of stock)

Kain-kain ni bukan untuk dijual ye.
Ini adalah kain terbaru dalam simpanan untuk tempahan tote bag, pouch dan purse.
Imported dari US.
Kain adalah terhad. Kain bernombor 1, 7 dan 8 cuma ada 1/2 yard dan yang lain hanya Fat Quarter.
Kain mungkin tidak akan re-stock, jadi cepat2 tempah untuk tote bag, pouch atau purse ye ^^.
Terima kasih..


Zipper Tote Bag for Yan



This is for Yan.
Saya tak pernah buat lagi zipper tote bag.
Ni first time, memang lambatla sikit sebab nak tumpu betul2.
Terima kasih Yan order dengan Ayu.^^

Zip sebagai penutup bag.


Saya guna butang pembalut (buat sendiri gak ni) sebagai zipper puller.

3 poket di dalam

Lagi 2 butang kat bawah sebagai hiasan.
Yang ni RM32 termasuk pos penghantaran.
Saiz beg ni 14"h x 16"w


Sesapa berminat boleh order ye.
Tapi untuk sebelum raya ni saya masih boleh terima 2 tempahan je.
Kalau nak tunggu untuk lepas raya, saya boleh terima.
Design beg mungkin berubah kerana saya lebih suka kalau ia unik dan mungkin ada sedikit perbezaan dari yang lain.
Ok, apa-apa email saya kat sweetlilcraft@yahoo.com ^^


(sekarang tengah gunting kain untuk buat English Style Purse untuk Na, tunggu ye Na..^^)


H for Husna


Sepatutnya dah lama post pasal ni. Tapi terlupa pulak..sorry ^^
Ni adalah felt keychain sbg hadiah untuk Husna yang tempah pencil box hari tu.
Taktaula Husna suka ke tak..hopefully dia suka ^^
Apa2 kekurangan bgtau ye, boleh saya perbaiki.
Terima kasih pada kwn2 yg tempah dan minta maaf atas kelambatan saya ni ^^.

Posto-posto

Tengahari tadi dapat call dari abg posmen (call dr lobby apartment)..
katanya ada parcel utk saya tapi tak muat nak masukkan peti surat. OK, saya turun. Cepat je jawab. Terus sarung jubah ngan tudung, angkut Amjad sekali.(sarung jubah senang, takyah nak tukar t-shirt lengan pjg)..hihi. Tak sabar dah nak ambik parcel.

Ni parcel dari US....




Apa ada kat kotak ni?? :024:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaa..



Kain baru..hihi, banyak suka. :023:
Diikat kemas dengan getah, supaya muat dalam kotak tu.
Postage fees dlm USD12.95, lebih kurang RM40 la.


Cantik2 kain ni. Saya beli dari Kaklin kt Spinningspool Shoppe. Senang berurusan dengan kaklin, sesapa berminat boleh singgah kat kedai dia. Sekarang ni dia tengah buat giveaway besar-besaran..hihi. Nak tahu apa?? Jemput singgah kat sana ye ^^.
Jangan terlambat, giveaway tutup pada 31 Julai ni.
Kaklin pos parcel ni pada 21 Julai, 28 Julai dah dapat..cepat jugakla.:019:

Setelah dibuka ikatan nya..



Riben cupcake tu souvenir dari kaklin. Suka sangat..terima kasih banyak2 kaklin.

2 kain ni paling saya suka. Designer fabric dari Heidi Grace. Kain ni saya beli 1/2 yard je.


Jadi sesapa nak tempah tote bag, pouch atau purse untuk raya ni cepat2.
Jangan lupa singgah sweetlilcraftshop, saya boleh terima dua je lagi tempahan sebelum raya ^^.
Ok, jumpa kat sweetlilcraft pulak ye ^^

Sunday, July 26, 2009

Sayang Ibu, Mama, Mak..



Hargai kasih ibu yang masih ada. Kehilangannya tiada galang ganti. Moga kalian masih punya kesempatan untuk menghargai, menyayangi dan membalas segala pengorbanannya yang sukar untuk kita balas.^^

Tuesday, July 21, 2009

Majlis Hari Jadi

Salam semua..lama tak update. Tiap2 hari buka blog tapi tak sempat pun nak update, entahlah mood pun takde.
Minggu lepas sibuk kemas rumah dan persiapan untuk majlis hari lahir Amjad,
minggu ni pulak nak siapkan tempahan.
Bulam puasa ni berhenti dulu ambil tempahan, lepas raya bolehlah sambung balik.

Ok, cerita pasal majlis hari lahir Amjad..
Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn baik. Majlis ni pun, simple je.
Majlis bermula pukul 2.00 petang sampai 11.00 mlm. Makanan semua tempah..hihi, tak sempat dan tak larat nak masak.
Cuma malam tu, mak-mak sedara yang tolong masak serba sikit. Lagipun tetamu tak ramai pun.
Hah..kat bwh ni cupcake Amjad. Gambar Barney and Friends. Amjad suka sangat lagu I love you-barney,tu yg letak gambar Barney tu. Kek ni saya order kt Mamafami. Sedap dan murah ^^. Lainkali nak order yg ada fondant pulakla..hihi.
Yang mcm ni, mungkin lain kali nak cuba buat sendiri. ^^

Kat bawah ni semuanya sedara mara. Amjad gembira je tengok orang ramai..
Malam tu buat doa selamat dan tahlil ringkas..bila dengar je ungkapan LAILAHAILLAH, Amjad pun duduk dan goyangkan badan macam orang meratib..^^

Moga Amjad membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh..aminn.^^

Friday, July 17, 2009

Merdeka Giveaway by Spinningspool Shoppe

Hello friends, crafters and quilters out there!!
Come and join Merdeka Giveaway by Spinningspool Shoppe.
What can I say about the freebies..

WAAAHHH!!

Kak Lin, nak menanggg!! ^^

I think you should go and see by yourself..hihi ^^
Don't forget to leave your comment here.
Good Luck everyone, and me too ^^


Thursday, July 16, 2009

Terima Kasih ^^

Ni kad birthday pertama Amjad dpt. Kad ni dr kawan abah Amjad. Awal betul Amjad dpt kad ni, dua minggu awal dari tarikh.
Terima kasih banyak2.


Yang paling besst....dpt frame ni dari Wan pagi tadi. Kiranya hadiah birthday Amjad yg pertama la ni :pandacloud_16:.
Wan bagi 2 embroidery ribbons utk ibu pulak. Waaa..sgttttt2 suka :pandacloud_08:.
Mcm2 boleh buat ni..nanti boleh bagi Najla pulak, insyaallah ^^.
Terima kasih byk2 Wan.
Moga bertambah2 rezeki Wan sekeluarga :pandacloud_01:.



Tengoklah aksi Amjad yg hepi dpt frame td..hihi,siap joget2 lagi. (kakinya dihentak2 mcm org kawad, tp ala2 comel je) ^^
Frame ni dah ditampal kat cermin almari. Tq so much wan..you bright up my day :pandacloud_14:.

Amjad nak cukup Setahun

Alhamdulillah dan insyaallah, esok 17hb Julai 2009, cukuplah usia Amjad setahun. Inilah permata hati ibu dan abah yang ditunggu2 selama 5 tahun. Ibu pun berhenti kerja untuk jaga Amjad, rasanya untuk bagi nurseri jaga pun tak sampai hati. Macamana nak kerja semula?? Bulan depan, ibu nak mula kerja..mcmana ibu nak tinggal Amjad?Huhuhu....

Insyaallah, sabtu ni nak buat kenduri doa selamat sempena setahun kelahiran Amjad. Kenduri kecik2 je, jemput sedara mara..nk jemput ramai2 pun..rumah kecik je ^^. Tula minggu ni agak sibuk sikit, kemaskan rumah yg mana patut ditukar,dibasuh..mcm nk raya lak..ngeee. Menu hari tu pun masih pening nak pikir. Hmm...harap2 semuanya berjalan lancar.

Okla..berhenti sini dulu. Nak sambung kerja rumah..^^

Wednesday, July 15, 2009

Whooblebublyland's Giveaway


Whooblebublyland makes a giveaway.
She'll gives three lena wrislet to three persons.
So, why not i'll try.
She asked, what i like to sewn..
Hmm..actually i like everything about sewing and crafts but recently most focus on pouch and tote bag.
Lastly, don't forget to visit sikurus to leave your comment ^^

Apa ni??


Salam semua, ni kraf yg terbarula jugak walau hasilnya dh sampai pd tuannya.
Nak tau apa ni?? sila ke Reveal the sneak peek..^^

Minggu ni merupakan minggu yg agak penat sikit..
Tak sempat nak update. Selalunya, tengah elok menaip Amjad tekan off computer.
Fuhh..terus hilang idea.
Sekarang dh tgh mlm, semua dh tidur..bolehla update kejap.
Tekan keyboard pun perlahan-lahan.
Oklah..will come back soon ^^.

Reveal the sneak peek ..

At last, reveal the sneak peek..
embroidery name on pencil box.



This is a pencil box for Husna.


I add a few buttons on the back.
Hopefully Husna like it..^^

Friday, July 10, 2009

Awardsssss




Salam semua..
Dah lama tak dpt award ni. Award kt atas ni dah lama saya dpt tp tak sempat nk display. Yang bg award ni kak farah, kak tirana dan kak inahar. TERIMA KASIH byk2 ye kak.

Yang ni baru dapat semlm dari Nisa. Terima kasih ye dik..^^



Award ni pulak saya bg pada semua rakan2 blogger dan follower saya.
Ambik tau..terima kasih semua :032:

Thursday, July 9, 2009

My recent crafts


Tote bag for Kak Haslina has been done and it also was reached to her.
I make it same design with Purple English Style Tote Bag but with different size.
Really hope she like it..

and then, my recent project..
sneak peek on back side of it.
What it is??

wait ya..^^

Kena Tinggal



Cantik kan tempat ni? Sepatutnya pergi sana mlm tadi, tp akhirnya suami seorang je pergi.
Huhuhu..kena tinggal 3 hari 3 malam :pandacloud_20:.
Tau tak ni pulau apa?? Pulau Pemanggil, Johor.
Semua ni program kelab rekreasi tempat suami kerja. Nak ikut memang boleh, tapi memandangkan naik bas pergi balik..kesian Amjad tak selesa. Lagipun semua aktiviti saya tak boleh ikut pun..sebab aktivitinya scuba dan snorkeling.
Boring pulak kat sana nanti bila diorang pergi scuba, kalau boleh bawak mesin jahit takpe gak..hahaha:pandacloud_26:.
Nanti nak minta suami bawa pergi Pulau Langkawila, Bandung ke..
kali ni aktiviti shopping pulak..hihi, perabih beras duit jo..:pandacloud_19:.

Apapun, moga abang happy kat sana, hilangkan stress kerja..cari nafkah utk ibu dan Amjad.
Sayangg abang..:pandacloud_27:

Wednesday, July 8, 2009

Anak ibu dah pandai jalan

Alhamdulillah.Amjad dah makin membesar..
Semalam 7 Julai,Amjad dah dapat berjalan tanpa dipimpin.
Hari ni dah makin laju. Tersenyum je dapat jalan. Tapi belum sempat lagi nak ambik gambar dia jalan.
Pagi tadi, bangun dari tidur je terus dia berdiri. Wah2, anak ibu..nak tunjuk skil dapat jalan la tu..:018:
Giginya pun dah naik 4 batang, tp belum sepenuhnya lagi.
Sebenarnya, nak cuba bagi susu formula.
Macam2 susu abahnya beli, dari murah sampai la yang mahal mahal sampai yg murah..hihi.
Dia taknak pun..hmm, susah sikitla nak dapat adik..hihi.

Hujung minggu, abah Amjad bawa mandi kolam. Fuhh..bukan main dia. Memang suka sangattt sampai taknak naik.
Minggu lepas, abah Amjad belikan swimming suit. Comelnya je dia pakai. Hihi,ingatkan tak muat..sekali pakai, memang dah muat pun. Abahnya beli supaya mandi nanti takdela sejuk sgt. Tapi dia bukan kira, dah mengigil sejuk pun taknak naik lagi.
Hemm..abahnya angkat, bilas, siapkan dia..lemur dgn minyak Telon tu byk2.:027: Gambar atas tu belum beli swimming suit lagi. Pakai seluar pendek je.