Assalamualaikum semua..lama betul tak update. PC pun jarang sgt dibuka, sebabnya cuti hari minggu lepas tak lekat kt rumah. Keluar jalan2, mlm baru balik..
Hari ni nak cerita pasal pouch sling, saya beli kat Big Eyes Shop. Lepas raya cina hari tu, sy dpt pouch sling ni melalui pos laju. Ada keychain sekali yg dibuat dr kain felt. Semua ni hasil kerja tangan kak shais. Memang kreatif sgt akak ni. Pakai pouch sling ni mmg senang, badan pun tak lenguh atau sakit pinggang. Amjad pun suka je dok dalam tu. Leboh2 lagi Amjad dah 8kilo skrg..aduss. Ada sekali sy pergi Giant Shah Alam, ada org tanya, mana beli pouch sling ni..tgk seronok je anak dok dalam tu. Sy ckp beli secara online jela. Nak bgtau lebih2 dia tak tanya lak alamatnya..lgpun nampak cam tak kawin lg org yg menanya tu..hihi.
Jadi, sesiapa yg berminat bolehla lawat big eyes shop tu, skrg pun macam ada byk lagi kain baru..lawa2. Dan sapa yg nak kenal kak shais boleh klik kt nama dia kat atas tu ye..
p/s: kak shais, promote akk ni..moga bertambah maju.
No comments:
Post a Comment