Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, February 24, 2009

:: Kek Coklat & Marshmallow ::

:sheep:
Cuti hujung minggu baru2 ni ada buat solat hajat kat rumah ma, sempena masuk rumah baru dan doa untuk papa yg akan masuk wad IJN. Simple je masak, mee rebus bebola ikan 'yang dibuat sendiri', kek coklat dan ais krim. Tapi lupa lak nak ambil gambar mee rebus..sodap. Resepi tu nanti bila saya buat mee tu dulu..hehe.


Marshmallow tu pulak buat hari Ahad lepas, agak manis. Buat candy ni takde orang pun nak makan..huhu. Saje je nak try buat. Takpe, nanti bawa balik kampung, pasti abis punya. Resepinya sy ambik dr rumah kak inahar. Sy copyla kat sini.

RESEPI HOMEMADE MARSHMALLOW

Bahan:

1/4 cawan tepung jagung**
1/3 cawan confectioner sugar **
21gm gelatin
1/3 cawan air
2/3 cawan gula
1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna (optional)

Cara-cara

1. Ayak tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
2. Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit. Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
3. Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
4. Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugar tadi. taburkan pada dasar & bahagian tepi loyang.
5. Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
6. Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
7. Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi. Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

p/s-kak ina, ayu minta izin copy akk punye resepi ye ^_^

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post a Comment