Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Wednesday, May 5, 2010

Umrah & Ziarah: Madinah & Mekah

Alhamdulillah, pada pagi 12hb April kami selamat sampai di Madinah.  Masa tu azan subuh tengah berkumandang. Rasa sebak dan tak tahu nak bayangkan perasaan masa tu.  Nampak je Masjid Nabawi, hati bertambah sebak dan bersyukur sangat kepada Allah s.w.t.  Pagi tu saya tengok orang ramai berpusu-pusu menuju masjid.


Berada di bumi yang tidak akan dimasuki dajal ni terasa begitu tenang dan selamat. Tambah lagi kalau berada di Mekah. Walau di negeri orang, tapi tak terasa terasing.  Susah nak gambarkan perasaannya, kalau orang yg dah sampai dan akan sampai, insyaallah..mungkin akan faham perasaan itu.


Kami berada di Madinah hanya 3 hari, memang tak cukup rasanya di sana.  Nak masuk masjid Nabawi memang ketat, ada orang yang jaga dan periksa beg. Perempuan memang tak boleh bawa kamera atau hp berkamera.  Lelaki boleh bawa, tapi suami tak suka ambik gambar.. tu yang gambar kat madinah tak banyak sangat. Kat Turki tu saya yang banyak ambik gambar.




Masjid Nabawi




Dalam Masjid Nabawi, ni tempat lelaki..jadi suami lah ambik gambar ni.




Satu hari sebelum ke Mekah, saya jelajah dan pusing Masjid Nabawi dengan makcik saya. Nampak tak kubah hijau tu, itu kubah asal Masjid Nabawi dan bawah kubah tu lah makam Rasulullah S.A.W.


Sekarang perempuan tak boleh masuk rapat ke makam nabi, masa raudhah dibuka untuk perempuan pun..ia dibuka sekitar permaidani kelabu (kawasan raudhah-tempat mustajab doa, rumah rasulullah). Ada sebab tak dibuka untuk perempuan kerana ada yang menangis melampaui batas. Jadi perempuan boleh nampak sikit bahagian atas. Syukur alhamdulillah, saya dapat solat kat Raudah dibahagian depan sekali tanpa gangguan. Terasa lama dah berdoa, saya bagi peluanglah pada orang yg menunggu dapatkan ruang utk solat. Insyaallah, moga Allah bagi lagi peluang untuk saya ke sana.


Meninggalkan Madinah terutamanya Masjid Nabawi, memang sedih sangat.  Ia seperti kita pergi meninggalkan Rasulullah.  Subhanallah..masa bercerita ni, terasa sebak dan rindu sangat pada Rasulullah S.A.W.



Akhirnya, sampai juga di Mekah. Kami naik bas dari Madinah, hampir 4 jam juga. Bayangkanlah zaman Rasulullah dulu berhijrah ke Madinah. Begitu besar pengorbanan Rasulullah S.A.W. Di Mekah, cuaca dah mula panas, waktu tengahari dah mencapai 40c. Melangkah ke Masjidil Haram waktu zohor memang mata susah nak buka sbb silau dgn marmar putih.  Kalau sujud diperkarangan Masjidil Haram, terasa jugak panasnya marmar tu. Tapi masa sujud di depan kaabah, kat multazam..tak panas, apalagi kat Hijir Ismail walaupun tgh panas terik. Itulah rumah Allah, segala puji bagiNya.




Di atas bukit nilah terletaknya Gua Hira' tempat pertama Nabi dapat wahyu. Kami tak naik pun, malah gambar pun di ambil dari atas bas. Sebabnya  nak kejar waktu Zohor.




Ni kat ladang unta. Mulanya takut nak minum susu unta, tapi bila dah cuba..hihi, sedap gak. Lagi sedap dari susu lembu. Banyak khasiatnya ni, Amjad pun suka.




Ni Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Batu putih kat puncak tu merupakan titik pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Di sini digalakkan berdoa untuk sesiapa yang nak bertemu jodoh. Yang dah kahwin pun, boleh berdoa untuk kebahagiaan rumah tangga dan dikurniakan anak2 yg sakinah.




Alhamdulillah, inilah Baitullah. Moga diberi rezeki oleh Allah untuk kembali lagi ke sana. Syukur juga, saya dapat sampaikan doa sahabat2 yang mengirimkan doa. Moga kita sama2 dapat ke sana lagi. Insyaallah, sesiapa yang berniat nak pergi, Allah akan murahkan rezeki kita..aminn.

8 comments:

  1. salam,,,

    tak tahu nak kata... seronok tengok,,, dah tak sabar nak pergi ke sana.

    ReplyDelete
  2. MashaAllah.
    Rinduku makin membuak2 untuk ke sana lagi.
    Tenangnya ... :)

    ReplyDelete
  3. salam kak maz,

    Betul kak maz, moga kak maz selamat sampai sana nanti. Sampaikan salam pada rasulullah ye.

    ReplyDelete
  4. kalau dah pergi, memang jadi rindu nak pergi sana kan? ni tgh kumpul duit nak g buat haji lah pulak. insyaallah..moga dpt pergi secepat mungkin :)

    ReplyDelete
  5. salam kak ayu, lama x jengah cni. Alhamdulillah tercapai hajat kak ayu sekeluarga ke tanah suci. Bestnya! Saya mmg dari dulu berhajat..tapi mungkin belum ade rezeki..insyaAllah someday :) Hmm..senang tak bawa anak kecil travel jauh2 ni? Mungkin boleh mnta tips dari kak ayu ;) macamana nak handle anak sambil nak fokus utk beribadah...moga turn kami sekeluarga plak ke sana pasni :D

    ReplyDelete
  6. as'kum ayu wah ni first time masuk rumah baru ayu...nanti nak ubah link kat blog so senang tekan terus gi sini..bestnya dan alhamdulillah dapat jejak kaki kat sini waktu muda...hehehe ader rezeki leh azam pi haji muda plak...

    ReplyDelete
  7. salam ibuzharif :) alhamdulillah..insyaallah sampai juga nti ke sana. Asal kita niat, pasti ada rezeki yg Allah bagi utk kita ke sana. Masa travel amjad ok je, dia tidur je dlm flight. kat airport je ms menunngu tu punyala dia aktif nak main je. yelah, tmpt luas. kat masjid lah, dia meragam sikit sbb takut.

    ReplyDelete
  8. w'salam, hehe..alhamdulillah,. Insyaallah..mmg ada niat nak pergi haji pulak dlm usia muda lg ni :)

    ReplyDelete