Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, December 21, 2010

Crochet Flower Hair Clips

Hi, I manage to crochet a few flowers during watching television with Amjad. Belum terfikir nak jual, I'm just having fun with it :wink: . Now, I'm trying to crochet amigurimi..haha, kalau jadi. Tapi sekarang sibuk lagi dengan tempahan beg. So, tunggulah bila ada masa yang sesuai.



Tadaa..ok tak? These hair clips already arrived at Pahang as gift for two daughters of my best friend. Really hope they will love it ^^. I thought I want to give something for their mother too. Hemm, maybe next time. Biasalah memanjang je tak sempat.


Ohya, stay tune for next entry. I'll have something to giving away to one lucky winner.. v-v !!


Thursday, December 16, 2010

New Fabrics & Recent Craft


Kain lagi. Terpaksa beli jugak sebab nanti habis, kalau habis tak tahulah bila pulak ada. Jadi kenalah korek purse beli kain ni..hihi. Tu pun ada 3 polka dot lagi saya tak beli, pink dot putih, putih dot hitam dan putih dot biru. Ada satu dark pink dot putih dah habis pun, cepat betul habis baru 2 minggu lepas saya tengok. Kain patchwork tu pun ada warna lain, (biru, merah, krim) ikut hati nak beli semua tapi sabar2, jadi sambar warna kegemaran je.. :love:




Riben saya beli lebih satu meter setiap warna, kalau berminat boleh contact saya ye. Kalau nak lebih pun boleh, saya boleh restock lagi. Harga RM1.70 semeter.





Ni kerja yang tengah saya buat. Ma yang minta buatkan jadi kenalah siapkan order ni dulu sebelum dia bersara.











Baru siap 6, 10 lagi kena siapkan. Hari ni kena siapkan jugaklah. Banyak lagi yang menunggu ni..huhu, go go chaiyok!!

Tuesday, December 14, 2010

Giveaway From Balancing (3x)



Ramai crafters yang join giveaway ni. Hadiahnya memang menarik! Saya pun tak nak lepaskan peluang :love: . Ada banyak lagi hadiah menarik yang bakal dimenangi. Jom join giveaway dari Balancing (3x) ^_^ !!

Monday, December 13, 2010

Amjad, My Sweet Little Prince ^^

My sweet little prince ^^. He's already 2 years and 5months old. Time passes quickly, right? Alhamdulillah, Amjad was growing up in front of ibu.


Amjad so active, lari dan melompat sana. Tak pernah nampak kepenatan hinggalah dia terlena.


Amjad dah mengenal nombor 1-20, all in english. Kita cakap satu, dia cakap one :). ABC pun dah kenal. Alif ba ta pun dah..alhamdulillah ^^.



Suka swing..dapat swing macam ni lagilah dia seronok. "swing -swing".."one, two, three.." hihi



Dapat slide lagi seronok. Bukan main lagi senyum bila dah dapat main slide. Indahnya alam kanak-kanak. Moga Allah sentiasa merahmatimu, sayang.


Hemm, Amjad baru je stop from fully bf. Baru 2 minggu. Nak tahu tipnya? Nanti saya buat posting untuk petua pisahkan susu :) Tapi alhamdulillah, dah puas hati sebab Amjad dapat bf sepenuhnya untuk 2 tahun lebih ni. Malam, ibu dah boleh tidur lena sikit, tp nak tidur pun still nak ibu :) . Dah stop bf, barulah dia selera makan nasi. Minum susu, susah jugak. Abahnya beli susu pediasure, baru habis satu tin kecil. Macam2 dah beli, yang murah yang mahal. Lastly, pediasure jugaklah sebab sesuai untuk kanak-kanak yang kurang makan macam dia. Tapi dia minum guna gelas, tak minum langsung kalau guna botol. Ok gak tu, takdelah susah nak berhentikan susu botol pulak.


Dia memang senang gosok gigi tapi sekarang makin rajin gosok gigi dan kurang makan sweet sebab dia takut tengok gambar gigi rosak kat internet. Selalunya saya cakap, " Tak boleh makan sweet, nanti gigi rosak". Hari tu sebab dia nak makan jugak, dia cakap.. " Ni bukan sweet, ni gula"..huhu :lol:

Monday, December 6, 2010

Sling Bag


Haziq .......


Sling bag untuk Haziq. Ni jugak order dari Ilah. Thank you dear for your support, terima kasih juga kerana sabar menunggu ^_^.


Tali saya buat adjustable. Kain ni design dari Micheal Miller, beli kat Printed Cotton.



Bahagian dalam jugak saya gunakan kain yang sama. Harap Ilah berpuas hati dengan beg ni. Thank you so much !!

Friday, December 3, 2010

Sew & Share Crafty Swap



Hi, saya join Sew & Share Crafty Swap anjuran Zura Sew Retro Chic. It's fun! Mungkin ni boleh menaikkan semangat saya untuk menjahit :lol: . Aktiviti macam ni bagus juga sebab boleh menambahkan rakan kraf dan berkongsi ilmu dan idea baru dalam dunia jahitan.


Siapa partner saya untuk swap crafty item nanti? Tak sabar nak tahu, nanti boleh fikir apa nak dijahit nanti. Hmm, apalagi? Jom ikut join ramai-ramai. Klik kat gambar tu ye ^^.

Black Tea Party Backpack

Satu backpack dah siap. Satu lagi sling bag Ilah dalam proses. Minggu ni kurang bermaya nak menjahit. Banyak lagi yang belum siap. Nak jahit langsir rumah baru abah lagi. Huhu..semangat2!!



Ni beg sandang yang ke-3 saya jahit. Alhamdulillah, dah makin mahir  dan faham cara menjahitnya.



Bahagian tepi ada 2 poket, sebelah kiri dan kanan. Kain ni saya beli dari May. Ikutkan sama je corak kat local store tapi tak ada pulak jual warna hitam.



Kali ni talinya adjustable dan saya padded with batting, jadi taklah sakit masa sandang beg. Backpacks sebelum ni saya buat tali biasa je. Harap Ilah suka ^^. Tunggu satu beg lagi ye Ilah ^^.


Thanks for reading ^_^!!