Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Monday, August 16, 2010

Tutorial: Make over cloth pins

Benda ni dah lama saya buat tapi hari ni baru dapat tunjukkan kat sini. Ingatkan nak tunjuk gambar satu-satu tapi tak dapatlah sebab susah nak ambik gambar bila buat sorang2 ni. Tambah pulak, Amjad datang "tolong"..hihi.


Biasanya kita beli pin baju yang kayu tu kosong je kan? Kalau setakat nk pin baju yang dijemur kat luar, biar je lah "dogol". Tapi kalau nak buat pin nota-nota penting kat rumah. Teringin jugak nak tengok ia nampak cantik dan kemas. Jadi saya buat "make over" pada pin kayu tu.



Bahan yang diperlukan:


1. Kain perca
2. Warna poster (Kalau ada warna utk kayu/folk art tu lagi bagus,  saya  ada buncho je)
3. gunting kecik
4. double side tape
5. Berus lukisan (tiada dlm gambar)
6. felt (tiada dlm gambar)
7. pin kayu/ wooden cloth pins
8. Gam uhu (tiada dlm gambar)



Cara-cara:


A. Guna warna

1. Warnakan pin kayu tu dgn apa saja warna yang ada suka di semua permukaan pin.

2. Biarkan kering.

3. Dah kering, boleh corakkan pin yg telah diwarnakan dgn corak yg ada sukai contohnya dot atau jalur. Biarkan kering sekali lagi.

4. Atau tampal dgn kain felt yg telah dibentuk bunga atau sebagainya di bahagian atas pin.

B. Guna kain

1. Tampal double tape di permukaan pin kayu. Gunting lebihan double tape.

2. Tekapkan permukaan pin yang mempunyai pin tadi di atas permukaan kain. Gunting lebihan kain mengikut bentuk pin kayu.

3. Ulang langkah 1 & 2 untuk permukaan yg kedua.

4. Bolehlah digunakan sesuka hati :)


Inilah hasil yang saya buat. Banyak lagi yang belum buat, tp cukuplah tu. Yg lebih tu buat pin baju kat luar.. :)

Selamat mencuba v-v



5 comments:

  1. wahhh comeynyerrr.. kreatif betul. saya dah lama tak beli jenis kayu camni, selalu yg plastik tuh jerr

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. ni beli pun sbb nak buat benda tu. lagipun murah je.. :)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya!!! Kawaii!! Thanks for the idea dear :)

    ReplyDelete
  4. Tq dear..alah, simple je. :)

    ReplyDelete
  5. nice2...i like it...hehehehe.....nanti boleh cuba ni......:)

    ReplyDelete