Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, August 24, 2010

Designers Fabric in The House

Semalam dapat parcel ni dari California. Ingatkan 10-14 hari baru sampai, rupanya 7 hari dah sampai. Memang cepat, hari ni order, hari ni jugak diorang poskan. Servis tip-toplah.



Biasanya saya beli dari kak lin-Spinningspool Shoppe. Kali ni buat kali pertama saya shopping online secara terus dari website luar negara.   Saya guna paypal.  Mulanya just browser thru internet pasal fabric designer, tup-tup jumpa website ni. Tengah buat blow out sale, memang murahlah kain yg saya dapat. Paling mahal pun 5.45 USD. Kain dari Amy Butler, 4.50USD - 1 yard. Kalau tambah dgn postage fee, harga 1 yard still murah, tak sampai Rm20 pun..lalala  *_* .



Inilah kain yg saya beli, semuanya 10 jenis tapi dalam 7 yards sebab ada yang 1/2 yard, 7/8 yard dan FQ. :love:



Projek kain ni tak tak tahu lagi. Beli pun sebab murah. Tahun depan kot baru sentuh kain ni..huhu. Siapkan tempahan yang ada dan buat projek baru, mungkin buat ready made je. Kalau tempahan pun mengikut musim, bulan ni wallet, kang bulan depan hangbag pulak, bulan depannya lain pulak..mcm tu la kot.  Senang sikit nak potong kain.


Kalau ada sesiapa nak buat pre-order fabric pun boleh gak. Kalau dapat time sale, boleh jual dengan harga yang murah sedikit dari kebiasaan. Ada yang berminat ke?


Oklah, jumpa lagi. Nak pergi masak :nyum:

Monday, August 23, 2010

Sling Pouch

Bulan puasa ni rasanya tak larat nak update blog. Ada 2-3 projek yang dah siap tapi belum dapat update kat sini. Amjad dah tidur, jadi ambik kesempatan update kejaplah. Jap lagi join Amjad sekali :)



Ni sling pouch yg saya jahit untuk Norlie, tuan punya sekocinorlie. Katanya nak macam Garden Party Wrislet tapi nak tali panjang dan boleh dibuka kalau tak nak pakai. Jadi saya jahitkan penyakut dgn D-ring pada pouch.



Tapi saya terlupa nak letak tali untuk wrislet, kalau buka tali panjang tu macamana nak pegang pulak kan? Jadi kena ubah balik. Nanti cik norlie nak dtg ambik saya ubahlah. Sekarang tengah sibuk siapkan pouch Muni 700 pcs, kena siapkan sebelum bulan 12 ni. Jadi tempahan yang lain, harap sabar menunggu ye. Ohya, kain yang saya guna adalah design dari Heidi Grace,  saya beli dari Kak Lin, Spinningspool Shoppe. 100% English cotton.



Nila taman bunga cik norlie kita. Simple je. Oklah, nak pergi join Amjad. Jumpa lagi. Selamat Berbuka Puasa hihi .

Monday, August 16, 2010

Tutorial: Make over cloth pins

Benda ni dah lama saya buat tapi hari ni baru dapat tunjukkan kat sini. Ingatkan nak tunjuk gambar satu-satu tapi tak dapatlah sebab susah nak ambik gambar bila buat sorang2 ni. Tambah pulak, Amjad datang "tolong"..hihi.


Biasanya kita beli pin baju yang kayu tu kosong je kan? Kalau setakat nk pin baju yang dijemur kat luar, biar je lah "dogol". Tapi kalau nak buat pin nota-nota penting kat rumah. Teringin jugak nak tengok ia nampak cantik dan kemas. Jadi saya buat "make over" pada pin kayu tu.



Bahan yang diperlukan:


1. Kain perca
2. Warna poster (Kalau ada warna utk kayu/folk art tu lagi bagus,  saya  ada buncho je)
3. gunting kecik
4. double side tape
5. Berus lukisan (tiada dlm gambar)
6. felt (tiada dlm gambar)
7. pin kayu/ wooden cloth pins
8. Gam uhu (tiada dlm gambar)



Cara-cara:


A. Guna warna

1. Warnakan pin kayu tu dgn apa saja warna yang ada suka di semua permukaan pin.

2. Biarkan kering.

3. Dah kering, boleh corakkan pin yg telah diwarnakan dgn corak yg ada sukai contohnya dot atau jalur. Biarkan kering sekali lagi.

4. Atau tampal dgn kain felt yg telah dibentuk bunga atau sebagainya di bahagian atas pin.

B. Guna kain

1. Tampal double tape di permukaan pin kayu. Gunting lebihan double tape.

2. Tekapkan permukaan pin yang mempunyai pin tadi di atas permukaan kain. Gunting lebihan kain mengikut bentuk pin kayu.

3. Ulang langkah 1 & 2 untuk permukaan yg kedua.

4. Bolehlah digunakan sesuka hati :)


Inilah hasil yang saya buat. Banyak lagi yang belum buat, tp cukuplah tu. Yg lebih tu buat pin baju kat luar.. :)

Selamat mencuba v-v



Tuesday, August 10, 2010

Amjad Dah 2 Tahun


17 Julai lepas adalah hari lahir Amjad yang ke 2. Pada tarikh tu, saya sekeluarga di Bukit Gambang Resort City, sertai Hari Keluarga tempat kerja suami. Jadi kami tunda majlis Amjad pada 24 Julai. Kami buat kecik2 je, ajak keluarga terdekat. Amjad suka sangat mickey mouse, jadi kami tempah kek mickey mouse. :)



Ni pulak kek yang mak ngah Amjad bagi.. :lol:



Selepas selesai baca doa selamat, sesi potong keklah pulak. "Ni Amjad potong ke atau ibu dan abah yang potong?" Hihi..




Belum apa2 Amjad dah suruh buka hadiahnya.



Dah dapat hadiah, Thomas & Friends. Sekarang tgh obses dgn Thomas ni. Mengigau pun sebut "thomas, thomas". Lepas ni, taktahu apa lagi yg dia suka.


Tapi sekarang dah pandai minta, pergi kedai je semua dia nak. Ni nak? ni nak? Kitaorang buat tak  tahu je. Syukurlah dia tak mengamuk. Kalau beli pun, beli makanan yang boleh buat dia leka.


Moga Amjad membesar dengan sihat, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, jadi anak yang soleh, bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Aminn..


Sayanggggggggg Amjad.. =0

Monday, August 9, 2010

Saat Kewafatan Rasulullah S.A.W

Daripada Ibnu Mas'ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."


Allah berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."


Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila' la."


Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."


Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."


Semakin Tenat


Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit?" Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: "Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."


Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka."


Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma'aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."


Malaikat Maut datang bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.


Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit." Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?"


Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: "Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur."


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan 'Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? "Saya tinggal ia di langit dunia?" Jawab Malaikat Maut.


Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah."


Ketika Sakaratul Maut


Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: "Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."


Baginda SAW bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda SAW bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?" Jibril as bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: "Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"


Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah SAW: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?" Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.


Ali ra bertanya: "Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.


Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu, tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"


Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW. Kesedihan Sahabat Berkata Anas ra: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: "Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."


Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu'az bin Jabal ra telah berkata: "Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: "Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu'az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah." Mu'az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim?"   Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.


Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu'az berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?"   Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu'az berkata kepada mereka:  "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu'az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?" (Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu'az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Ali-lmran: 144)


Maka Mu'az pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?"  Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: "Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."


Kemudian ia berkata: "Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?"  Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang   bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati." Lalu Mu'az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu'az bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu'az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu'az terjatuh dan tak sedarkan diri.


Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu'az: Wahai Mu'az sedarlah dan bangunlah." Ketika Mu'az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat  untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah  SAW. Tatkala Mu'az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan  di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu'az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Mu'az menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?" Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.


Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu'az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu'az, lalu ia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu'az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sampaikanlah salamku kepada Mu'az." Maka Mu'az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra."


Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu'az mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?" Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu'az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahli bait." Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: "Rasulullah SAW  bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu'az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW."


Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Mu'az?" Ketika Mu'az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu'az dan khabarkan kepadanya  bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Mu'az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur  Rasulullah SAW.


Berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintainya seperti baginda menyintai umatnya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wasalim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


sumber:(a) & (b)

Giveaway by Kawaii Stations

Salam semua,


Saya join giveaway lagi =) Giveaway ni dari Alissa @ Kawaii Stations sempena hari lahirnya. Hadiahnya.. :love:  , saya memang jatuh cinta. Alissa sungguh baik hati. Kat atas ni hanya sebahagian dari hadiah yang akan diberikan. Ada jugak sale kat blognya. Nak tahu lebih lanjut boleh jenguk Kawaii Stations kat sini.

Handmade Shawls

Salam semua,

Sebahagian shawls ni ada saya yang jahit dan sebahagian 'kakak' saya yang jahit. Kain saya beli dari online US. Semuanya ditempah khas dan sudah terbang ke Singapura. Yang bestya bila tempah dan buat sendiri ni kita boleh besarkan atau labuhkan saiz shawl, jadi bolehlah tutup bahagian badan yg sepatutnya.


Kain ada lebih lagi, tak tahulah lagi nak buat apa dgn kain lebih tu. Ada yang berminat nak tempah shawl ke? Tapi tahun ni memang tak dapatlah saya buat. Kalau nak tahun depan, insyaallah..


Layan gambar jelah v-v






Sunday, August 8, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t,


Buat kaum muslimin dan muslimat,



Selamat Menyambut Ramadhan


Al-Mubarak.


Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dan meningkatkan amal ibadat kepada-Nya.


Moga rahmatNya sentiasa mengiringi kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Aminn.

Thursday, August 5, 2010

Kain Cantik dan Murah


Salam semua!!

Cantik tak kain ni? Keluar minggu lepas nak beli kain utk projek pouch Muni.  Masuk je kedai memang semua saya nak beli tp sabar2, projek jln sikit je..kain je melambak, huhu. Tapinya, beli kain Muni, saya sambar gak  1-2 meter untuk tambah koleksi. Projeknya belum tahu apa nak buat. Kang tak beli habis pulak.


Kain gambar kartun cute tu ada warna pink dan krim, tapi saya sambar warna pink je. Kain polka dot ada warna hitam dot putih, putih dot hitam. Pergi lagi minggu lepas, yg pink dot putih tu dah habis.  Cepat betull!!  Kang dah ckp,  cepat je habis. Nasib dah beli 2 meter. Jadi bg Muni 1 meter, saya ambik 1 meter. Yg strawberry tu ada warna pink dan biru lembut. Tapi kalau dah suka pink, semua pink aku beli..hahaha.


Harga memang murah sesangat berbanding kat online shop. Kain 100% cotton. Ada yang berminat ke? Saya boleh belikan dan tawarkan pada harga yang menarik dan murah =). Saya ambik upah duit minyak ngan parking, hihi. Saya tak boleh cakap harga kat sini, nanti kesian org yg jual kain online. Kalau ada berminat boleh emel saya. Jangan tunggu lama2, takut kehabisan stok. Tau-tau jelah musim raya kan.


Ok, see you again ^_^.


Tuesday, August 3, 2010

Diapers Bags

Beberapa minggu yang lepas saya siapkan tempahan diapers bag. Yang merah ni pertama kali buat mengikut pola F1.


Buat pertama kali jahit beg ni memang pening dan tak faham, kerjanya jahit, tetas, jahit. Hmm..memang ambik masa sikit.



Alhamdulillah, dapat jugak siapkan.



Ni bahagian tepi.



Dalam ada 4 poket.



Yang ni tempahan Aisyah. Kainnya mudah kedut. Kurang berpuas hati :hmm:



Pandangan tepi.



Yang ni kali ketiga, baru betul2 puas hati. Guna heavy cotton lagi senang. Beg ni kawan sy satu course  masa dkt uitm dulu yg tempah.



Poket tepi dan depan.


Sulam nama "Aryan's".  Simple je sy buat.


Ada beberapa pouch lagi yg dah siap. Nanti sy upload kemudian.



WIP: Pouch & Pencil box Syarmila then pouch muni.


Ok, jumpa lagi ^_^


Sunday, August 1, 2010

Pencil Box Car_lead


Dah lama saya siapkan pencil box ni tapi lupa nak upload kat sini. Saya buatkan pencil box ni untuk kawan pada sepupu saya yang berada di tingkatan lima sekarang ni. Car_lead, nama sebenarnya Khalidah ^_^.




Bahagian belakang, saya buat simple mushroom applique. All in pink color.


Sama jugak dengan key-chain, dia mintak buatkan mushroom. Jadilah kulat merah jambu..ahaks ^_^.