Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, April 27, 2010

Umrah & Ziarah: Istanbul 1

Salam, hari ni saya ambil sedikit masa untuk cerita mengenai Ziarah & Umrah saya sekeluarga pd 7/4-21/4 baru-baru ni.


Pada 7/4, kami berlepas pada pukul 7.30 malam ke Singapura.Transit di Changi Airport lebih kurang 4 jam dan pukul 11.10 malam kami berlepas ke Istanbul, Turki. Ke Istanbul, lebih kurang 11 jam. Fuhhh...lenguh satu badan.


Sampai pukul 6.30 pagi. Lepas check in hotel, pukul 9 pagi kami mulakan ziarah.



Tulip ni di tanam di setiap landskap bandar Istanbul, kiranya inilah bunga kebangsaan Turki. Gambar ni diambil di Istana Topkapi



Pintu gerbang laluan masuk ke Istana Topkapi, masuk je memang  terkedu tgk kecantikan taman dan bunga tulip.




Sebahagian taman di Istana Topkapi




Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed. Ia dinamakan Masjid Biru kerana dihiasi dengan tampalan seramik berwarna biru di dinding dalamnya.


Gambar dalam masjid ni nanti saya upload kemudian.




Saya ambil kesempatan mengambil gambar ketika berjalan kaki dari Masjid Biru ke Istana Topkapi. Macam2 benda menarik dan cantik2 tp saya tak beli apa sangat, sekadar fridge magnet sbg tanda ingatan dari Turki je..hihi. Duitnya mahal dari kita. Tu yg tak shopping. 1 Turki Lyra lebih kurang MR3-4 kita. Paling tak tahan, nak masuk tanda pun 1 lyra, tak ke RM3 sekali masuk..huhu.




Makanan ruji orang Turki ni roti dan roti ni yang biasa dijual di tepi2 jalan. Ada yg guna kiosk kecik tapi yg ni masukkan dalam kayu je ^_^.




Gambar ni diambil dari dalam bas. Ni permandangan senja di Selat Boporus. Selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan Asia. Istanbul terletak di bahagian Eropah.


Oklah, nanti saya ceritakan lagi.. ^_^.

13 comments:

  1. Salam.

    Seronok jika dapat ikut. Alhamdulillah dapt tengok gambarpun. Terima kasih kongsi. cantik sungguh ciptaan Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. salam ayu...seronok nya dapat tgk negara org... ntahla bila ros bleh jejak kaki ke sana...

    ReplyDelete
  3. Salam, alhamdulillah. Istanbul memang cantik. taktau bila dpt pergi lg..

    ReplyDelete
  4. salam ros, mmg seronok. Ayu pun first time la ni, sblm ni blum keluar lg dr bumi M'sia..hihi.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, insyaallah..nti della pun boleh sampai :D

    ReplyDelete
  6. salam,

    seronok baca pengalaman di istanbul... kak pun akan ke sana pada bln 6 nanti. kak nak tahu berapa pasang pakaian yg adik bawa?

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dpt umrah..Saya berangan2 nak ke sana satu family...INSYALLAH one day

    ReplyDelete
  8. Salam, nak tahu berapa harga masa ikut pakej ziarah turki ni? N ngan travel mana?

    ReplyDelete
  9. Salam, saya pergi ikut travel agensi : Al-Kawsar, pejabatnya kat sec 13, Shah alam. Kosnya dalam 7000+ tapi pergi dlm dgn famili yg ramai jadi dpt diskaun sikit.. :)

    ReplyDelete