Tinggal beberapa hari lagi sblm saya sekeluarga berangkat ke Mekah. Sebelum berangkat, perlu selesaikan beberapa perkara dulu. Cuti Maulidur rasul baru2 ni, saya ambik kesempatan pulang ke Kelantan jap. Alhamdulillah, jalan tenang je takde sesak pun. Pukul 2 ptg dah sampai kg saya. Balik ni jumpa nenek saya, minta ampun dan maaf & ziarah kubur arwah mama. Musim panas skrg ni tapi rasa seronok gak balik, takdelah lecak kt depan rumah.
Ni kebun nenek dpn rumah, dah berbuah pun terungnya.
Lepas solat Zohor, terpandang satu plastik penuh dgn kain perca. Wahhh..tapi bukan cotton, kalau cotton dah lama saya bawak balik, hihi :)
Ni kain yg biasa org buat baju kurung tu, kain apa ye?? Macam2 la nih.
Lepas tu saya jahit tangan benda kat bawah ni...
Uncang kecik utk simpan jarum kait saya :) Mesin jahit ada dalam bonet kereta tapi malaslah nak keluarkan. Lagipun, plug kat rumah nenek tak banyak pun. Adalah mesin jahit klasik nenek saya..lupa pulak ambik gambar, nanti balik lagi nak ambiklah gambarnya.
Balik rumah saya siapkan beg utk makcik saya, katanya nak bawak pergi umrah nanti. Jadi saya jahitlah cepat2 :) Kain cotton jepun.
Saya letak bunga kait saya sbg hiasan, key chain pun dari bunga yg dikait. Alhamdulillah, dah makin faham cara kait2 ni :)
Saya letak
label yg lama pada poket. Ada 2 patterns label baru saya, nanti kemudian saya tunjuk :)
Ni kotak pensel ala pouch. Kak Salwa yg punya, kain corak cupcake. Sulam nama pada bahagian depan.
Bahagian belakangnya saya sulam cupcake. Simple kan? ^_^
Ni pun simple je, key chain kapkek utk Kak Salwa. Terima kasih kak salwa :)
Ni diapers bag yg terbaru. Kain cotton jepun, saya pilih berdasarkan permintaan Nor yg nak warna gelap. Alhamdulillah, Nor suka. Tahniah atas kelahiran baby boy!! (*v*)
Ok, yang ni pulak saya buat utk sepupu saya. Katanya nak isi kameranya. Harap2 muatla, sbb hari tu tak ukur pun kameranya. Main agak2 je. Hari ni nak bagi padanya.
Ni rama-rama ungu ^_^
Ok, yang ni tgh dalam proses. Ntahlah sempat ke tidak sblm pergi umrah. Sulam ni perlu perhatian lebih sikit. Kalau setakat jahit sekejap je. Harap nurul dapat tunggu ye.. ^_^
Itu jelah setakat ini. Saya pergi Melaka besok, ke rumah mak mertua pulak. Hari ni bermalam kat Banting dulu, rumah makcik.
Sampai jumpa lagi. Saya mohon maaf jika ada salah silap ye.
Terima kasih (*v*)!!