Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Wednesday, November 12, 2008

Update..

:littlegirl1:
Dah banyak hari tak update blog..lepas balik kampung hari tu badan rasa penat je. Waktu malam,lepas susukan Amjad..ibunya pun tertidur sekali.Lebih2 lagi Amjad dah pandai taknak lepaskan susu walau dah tidur. Kita tarik je,dia jaga..pastu nk nyusu lgla.Tak kisahla..dia makin membesar, jd nyusu pun kuat.

Balik kampung hari tu, ada buat makan2 sikit sempena jiran yg nk berpindah jauh. Dah berpuluh tahun dia menyewa kat sebelah rumah makcik tu. Tiba2 nk kena pindah Perak, temankan mak dia kt sana. Tak taula bila boleh jumpa lg.

Ni je menu2 yg terhidang, simple je..ada kerang goreng kicap, pecal (org jawa taula ni), patin masak tempoyak (fuhh..memang terangkatla masakan mak usu ni) dan mee goreng.


Tengahari esoknya, sebelum balik rumah tu gi jln2 Alamanda jap. Ingat nak cari Big Apple Donut, rupanya baru nak bukak..frust betul. Makan tghari kt JM Briyani (tak silapla..lupala namanya) sy ni tak brape suka nasi briyani ni, kalau dpt mkn abis tu kira sedapla.Air bandungnya suami sukala..sy plak tak suka sbb dicampur soda. Tak sampai separuh pun minum..hmm,membazir betul. Lepas mkn pusing2la kejap..ada butik jual pakaian muslimah..lupa namanya.Tapi brandnya ingatla..TURKUAZ.Waa..lawa bajunya tp tgk harga, mmm..takjadila..RM299.90.

Balik rumah,terus melepek..penattt. Sabtu ni pun takde kt rumah lg, pegi hantar makcik nak pergi Mekah. Moga pakcik dan mkcik selamat sampai sana..dan kami sekeluarga pun dapat jadi tetamu Allah dlm setahun dua lagi..insyaallah.

post signature

No comments:

Post a Comment