Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya..
Apabila kau ingin berteman jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dgn satu keburukan kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila ia buntu kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau ingin seorang teman jgnlah kerana sifat cerianya, kerana andai ia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa..
Jgn diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna, tiada yang biasa-biasa menjadi suatu yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah, bersahabatlah kerana aqidah Islam, bersahabatlah kerana kita saudara fillah.
Sahabatku…Ku doakan dikau menjadi golongan yang MUTTAQIN, yang setiap detik bibir basah dengan nama ALLAH, hati jernih mengagung ILAHI, jiwa rindu bertemu RABBI, hidup dan mati dalam HABBATUL yang HAKIKI…
No comments:
Post a Comment