Have moved to http://sweetlilcraft.blogspot.com/ See you there..

Tuesday, August 26, 2008

Dalam pantang lagi..

Beberapa hari lagi cukupla 44 hari berpantang lepas bersalin.Pengalaman berpantang tanpa orang tua memang menguji..lebih2 lagi kali pertama berpantang. 2 hari 1 malam kt hospital xla begitu memenatkan, iyela mlm pertama Amjad lahir dia tidur kt nurseri hospital. Bolela recover skit energy yg hilang semasa bersalin. Balik rumah..hari pertama dan kedua Amjad tido ngan wan anjangnye. Malam ketiga barula Amjad tido ngan saya. Mase tu susu mmg tak byk kuar..mula rasa stress, Amjad diberi susu formula selang dgn susu ibu (coz ms tu pkir dia tak cukup minum).

Nurse home care dari DEMC dtg..ckp Amjad kena jaundis. Nurse pesan bg susu byk2..tp tiap kali bg susu ibu dia hisap kejap je pastu dah tido. Rupanya bila baby kena kuning dia memang malas menghisap..mgkin sbb dia lemah. Maka terpaksa bg susu formula lg. Tapi akhirnya Amjad masuk wad jugak,2 mlm..menangis saya kat rumah. Mulanye tahan taknak nangis tp lagi kuat tangisnya..siap teresak2 lg, dlm fikiran takut kena meroyan..istigfar byk2. Suami balik dr hospital barula cool. Sepjg ank kt hospital saya perah gak susu nak bg dia minum. Harap cepatla sembuh..mula2 perah tak sampai 1 0z pun,punyala frust. Paling byk dpt gak 2 oz. Ni saya perah pakai tgn je..penat sgt 2 jam baru dpat 2 oz.

Nasib baik ada sepupu suami..Mawar, diala tlg masak, basuh baju semua (terimakasih mawar)..dgn keadaan yg msih lemah, luka blum sembuh..bila Amjad nangis time nyusu rasa stress sgt. Malam kerap pula bgn..(org ckp baby boy kuat nyusu). Smpai skrg, time dia ngantuk dan nak nyusu gak masih lg "berperang susu". Tapi alhamdulillah, skrg saya dah bole adapt situasi baru..jumpa doc ms cukup sbln ari tu dia bg multivitamin..jd xdela penat sgt. Pagi2 pun mkn kurma utk tambah tenaga dan susu. Skrg perah gak susu tp pakai electric pump xdela penat..dapatla 4 oz lebih utk sebelah je. Sebelah lg spare utk Amjad nyusu. Insya'allah..makin hari makin bykla susunye.

Mula2 perah guna manual pump brand medela, kuar skit je..pastu guna tgn jela. Nila pumpnye..


Medela Manual Breastpump


Pastu suami belikan electric pump~brand Spectra3. Berbaloila..dan sekarang perah susu dgn tenang.xde lg stress.
Spectra 3 Breastpump

Untuk tabahkan pengeluaran susu lagi..suami belikan saya pil asi. Puasa pun dah dekat jd berharap sgt susu xla kurang. Makan kena lebihla skit.

Pil Asi

Inilah rezeki anak..

Alhamdulillah...orang cakap rezeki anak. Inilah sebahagian hadiah yg Amjad dpt.

Ini beberapa hadiah dari kekwn..Dayah, Syidi, Dollah, En.Johari, Kak Wani, En. Zamani, En.Raja, Aty.
Ini hadiah dari abg Razi..thanks a lot. Tp skrg amjad tak reti lg dok dlm stroller..letak je dia nangis..:). Dah besar skit bolela kot..
Ni bakul baby dari Pn. Maziah..hmm, klau Amjad dh tido bolela letak.Kalau tak, xdela nk dok situ. First time letak..terpinga2 dia.heran agaknye.."kt mana aku ni"..hehe..pastu nangis.Ni baju dr kak zullah n en.ramli..Buat semua yg bagi hadiah,duit kt Amjad..terima kasih byk2. Semoga Allah murahkan lg rezki kekwn semua. Amiin...

Monday, August 25, 2008

From the desk of Ahadi.....

This blog actually is an initiative of my wife.. But since my name also included in this blog (ahadiidayu), i think i should also contribute and support her effort. After five years waiting, alhamdulillah...on 17 July 2008, my first son was born. It was really a glorious moment. The moment that i'm waiting for.....Penantian selama lima tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat... tanpa ketabahan, kesabaran dan doa yang berterusan.. pasti ujian ini tidak dapat ditempuh dengan baik..Penantian sesungguhnya adalah suatu penyeksaan, tetapi kita sewajarnya sedar bahawa setiap penantian itu pasti akan menemui titik noktahnya... Kita harus bersedia dan redha bagaimana kesudahan penantian tersebut...dan dalam penantian untuk mendapat zuriat ini, alhamdulillah saya dan isteri mendapat kesudahan yang diharapkan...kelahiran Muhammad Amjad Bin Ahadi.

Thanks to my wonderful wife, Ayu... kerana melahirkan zuriat kita yang pertama..Abang hargai pengorbanan dan kasih sayang mu selama ini. I will not let you down what ever come along the way..... and i want you to know...u and amjad complete me!! Love both of you.../-Ahadi

Friday, August 8, 2008

Hari yg ke 21 dlm pantang


Lenanya dia tido..Hari ni Amjad tak meragam. Dapatla ibu surf kejap. Biasanya,kalau dah tido..taknak lak diletak. Kali ni tido nyenyak, bgn untuk nyusu je. Ni sebab semalam tak tido..akhirnya abah Amjad kena jaga malam..hehe.

Tak sabar rasanya nak habis pantang..dah tak larat nak pakai bengkung, dah boring makan nasi je. Mmm..suami pun dah janji nak belikan apa saja bila habis pantang. Tapi habis pantang, dah nak puasa dah. Harap2 dptla puasa sambil breastfeed Amjad.